CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Bainun Saman JKM, Mohon Rumah Bonda Dibuka Semula

10-6-2022 06:58 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3158| Komen: 16|Original author: LilRose

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Rumah Bonda memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tindakan itu bertujuan memohon perintah supaya rumah perlindungan berkenaan dibuka semula.

Lapor Utusan Malaysia, pertubuhan terbabit melalui pengasasnya, Siti Bainun memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd Jalil Chambers pada 7 Jun lalu. 


Kredit foto: Utusan Digital

Selaku plaintif, Bainun menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) sebagai defendan tunggal. 


“Sejak penubuhannya, Rumah Bonda telah menempatkan 62 orang remaja dan wanita hamil serta seramai 50 orang bayi telah dibantu untuk dilahirkan di hospital secara selamat. JKMWPKL melalui perintah mahkamah juga ada menghantar kanak-kanak tanpa waris dan remaja yang hamil luar nikah.

“Kakitangan JKMWPKL termasuk Pegawai-Pegawai Pelindung JKM sememangnya mengenali saya dan sering berurusan dengan saya mengenai hal ehwal penjagaan dan perlindungan wanita serta kanak-kanak yang menjadi penghuni Rumah Bonda,” kata Siti Bainun dalam afidavit yang difailkan yang dipetik Utusan.

Dia menegaskan, segala usaha yang diperlukan bagi mendaftarkan Rumah Bonda di Taman Setapak dengan JKM sudah dilakukan, namun hingga kini masih belum selesai kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu dipenuhi.

Bagaimanapun, Bainun mendakwa menerima Notis Lak (Penutupan) daripada JKMWPKL mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993 pada 9 Julai 2021.


Kredit foto: Berita Harian

Dakwanya, tindakan Lak itu tidak berasas, tidak adil dan tidak mengikut proses pentadbiran memandangkan JKMWPKL mengetahui Rumah Bonda dalam proses permohonan pendaftaran.

"Pada 20 April 2022, Rumah Bonda menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993 dan Rumah Bonda telah membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April 2022,” katanya menerusi afidavit sokongan yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambahnya, dia kecewa apabila dimaklumkan Pegawai Penguatkuasa bahawa pertubuhan berkenaan hanya boleh dibuka melalui perintah mahkamah walaupun kompaun telah dijelaskan sepenuhnya.

Dakwanya lagi, selepas tindakan Lak dilaksanakan, dia dan semua yang terlibat tidak mempunyai akses untuk memasuki Rumah Bonda.

Situasi ini menyukarkan usaha-usaha permohonan pendaftaran rumah perlindungan itu apatah lagi menjalankan kerja amal seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

"Rumah Bonda sehingga kini terpaksa membayar sewa bulanan bagi premis itu berjumlah RM2,800 sebulan, meskipun tidak dapat menggunakan premis berikutan tindakan Lak oleh JKM WP KL dan sejak 12 Julai 2021, Rumah Bonda telah menanggung kos sewa hampir setahun tanpa peluang memanfaatkan premis berkenaan,” katanya.


Gambar hiasan

Difahamkan, mahkamah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 10-6-2022 07:21 PM
Tunggu jelah printah mahkamah tu banun. Dah prosedur mcmtu..dan apa kaitannya terpaksa bayar sewa walau tak beroperasi? Rumah kebajikkan aje pun..bukan kedai perniagaan. Kenapa? Nak ambil profit dr rumah kebajikan tu ke atau mcmna?
Quote prince_marhaen 10-6-2022 08:01 PM
banyak eh duit si benon ni nak maintain rumah, masak2, nak bayar saman apa semua...... hmmm
Quote Lagubestbest 10-6-2022 08:24 PM
prince_marhaen replied at 10-6-2022 08:01 PM
banyak eh duit si benon ni nak maintain rumah, masak2, nak bayar saman apa semua...... hmmm

takde kaitan tu semua. takde rumah bonda takde la 30%.
Quote nolya 10-6-2022 11:38 PM
Kes dia ni dah ada keputusan muktamad ke?
Quote Goodluckdontcry 11-6-2022 12:37 PM
Tulisannya mcm bagus2 jer..digambarkn mcm die seorg yg Penyayang tahap khinzir terbang akibat jatuh Dr Lori..

Klu BTL apa yg ko buat dekat adik Bella..den hrp pembalasan akn terlaksana Keats ko, xkira la lambat atau cepat.. SBB ko pantas dapatkannya..bak kata group band Indon, Kotak..harrrkktuihhhhh  
Quote Mary_jane 12-6-2022 12:58 PM
Rumah Bonda tidak kemuka rayuan selepas ditutup — Rina HarunOleh REMAR NORDIN

PERTUBUHAN Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur ditutup kerana premis itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun. Rina berkata, KPWKM tidak menerima sebarang rayuan pendaftaran daripada persatuan itu walaupun selepas tindakan diambil terhadap premis tersebut.

"Rumah Bonda ditutup kerana ia tidak pernah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan pihak berkuasa tempatan, yang merupakan tiga agensi teknikal kerajaan."

"Ini adalah terma dan syarat yang ditetapkan oleh kementerian kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika ingin mengendalikan pusat kebajikan," katanya selepas melawat Rumah Kanak Kanak-kanak Mini Ulu Tiram di Johor.

Rina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang memohon perintah mahkamah untuk membuka semula rumah perlindungan itu selepas ia terpaksa dibiarkan kosong hampir setahun.

"Itu adalah haknya (untuk memfailkan perintah mahkamah) dan kita akan mengikuti proses undang-undang (tindakan mahkamah).

"Kita telah memberi peringatan kepada Rumah Bonda sebelum ini, namun selepas pusat jagaan itu ditutup, mereka masih tidak tampil mendaftarkan premis.

"Tiada sebarang permohonan diterima sehingga hari ini," tambahnya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Siti Bainun memfailkan saman terhadap JKM dan memohon agar rumah perlindunggannya dibuka semula. Siti Bainun menamakan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKMWPKL) sebagai defendan tunggal. Saman pemula itu difailkan melalui Tetuan Asiah Abd Jalil Law Chambers pada Selasa.

Siti Bainun, 30, kini sedang dibicarakan atas dua pertuduhan mengabaikan dan mendera seorang gadis Sindrom Down berusia 13 tahun bernama Bella, sehingga mangsa mengalami kecederaan dan trauma emosi.

Perbicaraan itu menarik perhatian seluruh negara, termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang melantik peguam pemerhati. — The Star



Quote Mary_jane 12-6-2022 01:00 PM
Dah lah tak berdaftar dengan mana Jabatan & PBT, ada hati lagi nak buka, Sebab tengah sesak kan? Duit tak masuk.
Quote tumpanglalu74 12-6-2022 01:55 PM
Edited by tumpanglalu74 at 12-6-2022 02:04 PM

[tiktok]7088509833233567003[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@norreen143_/video/7088509833233567003

IMG_20220612_140220.jpg
Quote gekkou 12-6-2022 07:37 PM
kes saman ni
asiah take over ye?
Quote .HannahMontana. 12-6-2022 07:54 PM
Malaysia  , sebuah negara yang sudah ROSAK

zahid hamidi itu patut di hukum mati

jual negara

sekarang , menteri  symber manusia tu jual negara

esok ,esok warga asing pegang senjata bunuh Melayu

inilah yg sedang di  lakukan secara mendadak tetapi Melayu masih lalai berfikir

ada tangan yg nak kan Malaysia huru0hara , khususnya bangsa asal tanah Melayu supaya  berundur dan pupus


Ramai yang tidak sedar sebab hali-ahli politik yg menjadikan rakyat makin lalai

lalai dengan keadaan hidup yg teruk ,ekonomi ranap

sedar , sedar kita semua di kepung dan di serang oleh pendatang haram



zahid hamidi tu siap bagi kerja pada pendatang haram

ADAKAH ITU  KEPUTUSAN YANG MEMBUKTIKAN KO MENJAGA KEDAULATAN NEGARA ???

JAWAPANNYA  : TIDAK !
Quote .HannahMontana. 12-6-2022 07:56 PM
ctbabi ni mmg pelaksana kepada laundering money

tanpa sebarang lesen MAISH BERANI SAMAN JKM ????????

come on lahhh rina harun kan satu gang dengan babi ni ,,,

rina harun  patut masuk neraka bersama ctbabi bainun
Quote ainnia 12-6-2022 09:02 PM
Nape handphone yg ctbenon pegang jd kecik?
Tb2 tbyg hp sony ericsson zaman purba.
Quote namieamuro 12-6-2022 11:14 PM
Mary_jane replied at 12-6-2022 12:58 PM
Rumah Bonda tidak kemuka rayuan selepas ditutup — Rina HarunOleh REMAR NORDIN

PERTUBUHAN Kebajikan ...

so now rina haron vs benon

nk tgk tggi mne level si benon psl ni. dh la tak daftar. dh kne tindakan pun masih wat keras. skrg nk menyaman. apooo
Quote namieamuro 12-6-2022 11:15 PM
ainnia replied at 12-6-2022 09:02 PM
Nape handphone yg ctbenon pegang jd kecik?  
Tb2 tbyg hp sony ericsson zaman purba.

gigih pulak i scroll blk tgk
Quote Mary_jane 13-6-2022 11:00 AM
namieamuro replied at 12-6-2022 11:14 PM
so now rina haron vs benon

nk tgk tggi mne level si benon psl ni. dh la tak daftar. dh kne tinda ...

I skeptikal sikit dengan Rina ni sebab dia muncul pun lepas TMJ & CP Khaleeda bagi statement bagai, terus esoknya dia pergi menghadap TMJ. Jangan jadikan kes Bella ni drama sudahlah.
Quote Kemaruk-Taikk 13-6-2022 08:47 PM
Oren tersenyum sinis

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.158483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top