Demi mencari sesuap nasi, ramai manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat makanan walaupun terpaksa melanggar undang-undang. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mencuri dua tandan sawit sebelum melarikan diri di Pontian, Johor. Difahamkan, lelaki itu memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sebelum mengambil dua tandan sawit dan meletakkannya di dalam raga motosikalnnya lalu melarikan diri.
Tambahan pula, harga sawit ketika ini agak mahal ianya dikatakan mampu mencecah ribuan ringgit.
Menjengah di ruang komen, ramai netizen geram dengan lelaki yang mencuri kelapa sawit itu dan ada juga meminta pemiliknya bersabar dan menganggap ia sebagai sedekah. - CARI |
ADVERTISEMENT