Baru-baru ini ada ciapan tular di Twitter apabila AJK sebuah masjid membeli PC dengan harga mencecah belasan ribu ringgit dan perkara ini menjadi persoalan diantara netizen sama ada ianya wajar atau tidak untuk PC dibeli pada harga yang amat mahal. Menurut gambar "quotation" itu, ada yang menganggap harga tersebut terlalu mahal untuk membeli PC bagi kegunaan di Masjid sahaja dan boleh menjadi satu pembaziran kerana mustahil mereka hanya menggunakan untuk slide gambar kuliah agama, video dan lain-lain lagi. Tambahan pula, ada yang mengatakan itu untuk mereka yang mahu membuat "editing" gambar dan video di masjid. Tetapi, Dengan spesifikasi secangih itu, ia selalunya lebih sesuai digunakan oleh para pemain video sahaja. Walaupun begitu, mereka berharap PC itu digunakan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. -CARI |
ADVERTISEMENT