CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih Sedekad Menjanda- Ramlah Ram Nak Cari Suami Stabil, Nak Hidup Senang

10-6-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4348| Komen: 38

Ramlah Ram selesa menjalani rutin kehidupan tanpa kehadiran lelaki dalam hidupnya dan tidak bercadang mencari peneman hidup ketika ini.

Namun, selepas lebih sedekad berstatus janda, Ramlah tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh pada masa depan dan menyerahkannya kepada Allah SWT.

Foto: IG

"Sekiranya ditakdirkan untuk bertemu dengan teman hidup, saya tidak akan menolak jodoh. Itu apa yang boleh saya katakan ketika ini kerana semuanya kerja Tuhan.

"Namun, buat masa ini perkara itu bukanlah sesuatu yang saya fikirkan. Jadi, nak kata saya tolak jodoh itu tidak. Tapi nak fikir mengenai hal itu sekarang pun tidak. Kalau tanya saya, ketika ini saya sendiri tidak terlalu fikirkan ingin kembali berumah tangga," katanya ketika ditemui di Showcase Amal Keluarga Malaysia : Artis Legenda 3.0, baru-baru ini.




Mungkin bagi sesetengah orang, hidup berkeluarga dan berpasangan adalah satu perkara yang perlu. Namun, menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini, untuk kembali hidup sebagai seorang isteri adalah satu pilihan yang diletakkan kepada Yang Maha Esa.

"Hati kita akan terbuka kalau jodoh sudah sampai. Dan apa yang saya harapkan adalah Allah SWT mengaturkan segala yang baik-baik untuk saya.



"Mungkin individu itu seseorang yang stabil. Bukan meminta atau apa, cuma hal mengenai keselesaan itu perlu untuk teruskan kehidupan sebagai suami isteri," katanya.

Ramlah pernah berkahwin dengan Kamal Roslim pada 3 November 2000, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 20 Mei 2010.

Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 10-6-2022 06:05 PM
tengok ramlah ram teringat faramendoza
Quote slyfynx 10-6-2022 06:11 PM
Tetibe nmpk topinasik and tersakit hati secara x sengaja
Quote Mary_jane 10-6-2022 06:18 PM
Ah tak boleh terima Wany Hasrita nampak kusam di sisi Kak Melah. Ya baiklah cari pasangan yang dah stabil & single, bukan punya orang atau didudakan juga. Kalau sengkek kang habis rete acik ditarahnya.
Quote Redmyvi 10-6-2022 06:19 PM
amboi tahun ni semua retis2 pakat mencari jodoh... tahun depan byk la kot wedding of the years
Quote nakkomenjugak 10-6-2022 07:53 PM
masa tengah di puncak, kak melah sibuk lerrr ngejorrrrr si acik hensem tu haaa
sekali heol reject public...
haihhh kalau dulu sambar jerung entah2 dahh goyang kaki haa sekarang
moga ketemu lerrr yaa acik melahhhh
Quote gideoncross 10-6-2022 08:07 PM
Mary_jane replied at 10-6-2022 06:18 PM
Ah tak boleh terima Wany Hasrita nampak kusam di sisi Kak Melah. Ya baiklah cari pasangan yang dah s ...

Klau dah jodoh, ok je x kira apa pun. Skrg ni yg single pun buknnya single btul haha.
Quote gideoncross 10-6-2022 08:08 PM
nakkomenjugak replied at 10-6-2022 07:53 PM
masa tengah di puncak, kak melah sibuk lerrr ngejorrrrr si acik hensem tu haaa
sekali heol reject pu ...

Jerung dh hbis d sambar, iol nak smbar ikan paus plak haha.
Quote nakkomenjugak 10-6-2022 08:10 PM
gideoncross replied at 10-6-2022 08:08 PM
Jerung dh hbis d sambar, iol nak smbar ikan paus plak haha.

sambar megalodon terusss
Quote Mary_jane 10-6-2022 09:21 PM
gideoncross replied at 10-6-2022 08:07 PM
Klau dah jodoh, ok je x kira apa pun. Skrg ni yg single pun buknnya single btul haha.

Kena lah kira, kang tercaras, tak cukup thread plak acik forum nak buka.
Quote Sonneblume 10-6-2022 09:23 PM
Semoga bertemu jodoh dgn suami yg stabil..yg penting jgn mencaras org punya.keji sgt tau..
Quote Nnoor2 10-6-2022 09:25 PM
Tumpang tanya...kak.ramlah ni botox ke apa muka beliau?
Quote gideoncross 11-6-2022 12:51 AM
Mary_jane replied at 10-6-2022 09:21 PM
Kena lah kira, kang tercaras, tak cukup thread plak acik forum nak buka.

Klau famous ni mmg kna kira sbb org sng nak mnilik haha, klau x famous boleh gi underground lol.
Quote gideoncross 11-6-2022 12:51 AM
Sonneblume replied at 10-6-2022 09:23 PM
Semoga bertemu jodoh dgn suami yg stabil..yg penting jgn mencaras org punya.keji sgt tau..

Zmn skrg mmg susah nak cri yg btul2 single & stabil, klau ada pun cuma stu dlm sjuta.
Quote gideoncross 11-6-2022 12:54 AM

Boleh gak klau Megalodon haha.
Quote makita 11-6-2022 08:57 AM
Mak meols berkenan betul cadar tilam kawen ropol2 ramlah ram ni kawen. Masa abg meols kawen terus mak meols cari sampai jumpa terperangkap di zaman 80an
Quote anggeriklatifah 11-6-2022 09:00 AM
Memang patot pun cari pasangan ygg stabil
Kalau lelaki yg dgr ni mula lah keluarkan perkatan menghinAaaa
Kalau cari lelaki takde duit....main kahwin je...nnt rumah bill air api..makan minum sape nak tanggung...permpuan??
Quote Wayree 11-6-2022 12:14 PM
Semoga kak melah dijauhi dr lelaki lekai bewak mcm zeri..abes reta kak melah nnt ditarah. N juga smoga mana2 retis jnda
kaya dijauhi bewak mcm tuh. Baik tk yah kawen klau gn bewak trdesak tuhbaiklah hidup bujang smpai ke kertu abadi
Quote Acikgomen 11-6-2022 12:50 PM
Kak melah ni irl baik tau
Sheols tak penah mendiva pun walaupun dizaman tgh mendonia dulu
Cuma tu lah dedolu sheols bangang nak becinta sgt dgn jantan kaberet Rahim makrof tuh
Sian azmeer sampai buta mata sebelah eksiden dgn kak melah, langsung difrenzone kan bang azmeer sampai kesudah
Ujong2 kawin dgn roslim, dah gegayah pulakkkk. Tu pun sheols betahan 10thn dok hadap si gegayah tuh
Quote bukan_ustazah 11-6-2022 01:00 PM
carilah duda yang kematian isteri pencen gomen ke .. ada rumah dan pendapatan hidup tak mewah tapi senang .. hujung tahun pergi umrah

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088608 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top