CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Setuju Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia

10-6-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4264| Komen: 56

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.

"Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu," katanya.

Foto: Harian Metro

Jawatankuasa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Wan Junaidi berkata, kajian lanjut itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan.

Beliau berkata, tindakan itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip kekadaran dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.

Kerajaan juga katanya akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman dan pembangunan Garis Panduan Penghukuman.

Turut akan dikaji ialah penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan prinsip keadilan restoratif.

"Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan memastikan hak semua pihak terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian berkenaan yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-6-2022 04:08 PM
Pastu sumbat je sume kat Amber Court tu.  Jangan lepaskan pulak kata penjare dah penoh ye..
Quote me12345 10-6-2022 04:11 PM
Makin menjadi jadi kes bunuh....
Quote kakikuDibibirmu 10-6-2022 04:13 PM
Yasin Mimpi Laila tersenyum sinis sesambil makan mandaroti

[youtube]Z5zzNMSTmH4[/youtube]

d9b9dcdd-85f0-4fbd-ac05-4da6fa1220a2.jpg
Quote Mary_jane 10-6-2022 04:17 PM
Tokan dadah senyum girang.
Quote ayukpingu 10-6-2022 04:19 PM
rayu punya rayu, hujung-hujung lepasss.
Quote sharlenetexas 10-6-2022 04:31 PM
Makan tanggung berak cangkung.


Quote ninja9 10-6-2022 04:32 PM
mansuhkan hukuman mati tukar dengan hukuman potong memotong  
Quote lattehazelnut 10-6-2022 05:22 PM
Dah kita pulak nak kne tanggung sampah masyarakat..
Quote ImamKampong 10-6-2022 06:22 PM
Bagaimana dengan kesalahan membunuh dengan niat? Adakah hukuman mati atas kesalahan ini juga akan dimansuhkan?

Imam menyeru kerajaan balik ke pangkal jalan iaitu jika hendak mansuh hukuman mati atas kesalahan membunuh tanpa niat, patut digantikan dengan hukunan Qisas yakni ikut ajaran islam yang sebenar.. lebih adil dari kaca mata Imam..
Quote Suchi 10-6-2022 06:41 PM
Suka la loyer sorang tu walaupun selama ni iols dapat rasakan dia gigih nak minta hapuskan hukuman mati mandatori ni atas sebab peribadi.
Cuba kalau situasi dia terbalik, mcm mana kalau ahli keluarga dia yg jd mangsa?
Tapi sebaliknya yg berlaku.. maka sejak itulah dia berjuang habis2 utk memansuhkn hukuman gantung mandatori ini.
Quote syamzana 10-6-2022 06:44 PM
Suchi replied at 10-6-2022 06:41 PM
Suka la loyer sorang tu walaupun selama ni iols dapat rasakan dia gigih nak minta hapuskan hukuman m ...

ayah samihah ke ada lg loyer lain berkait dgn hukuman mati
Quote Skuau 10-6-2022 06:45 PM
sekadar nakkan 'pengiktirafan antarabangsa'@minta puji(kata bebudak Sabah).
Quote primarikey 10-6-2022 06:52 PM
Aku dh lama tertanya2...dia ni dari kerabat mane...sbb nama dia wan junaidi tuanku jaafar

Quote Suchi 10-6-2022 07:10 PM
syamzana replied at 10-6-2022 06:44 PM
ayah samihah ke ada lg loyer lain berkait dgn hukuman mati

Bukan loyer lain, si samihah tu blm jatuh hukum lagi kan?
Yg iols sebut ni mmg dah dijatuhi hukum dan sedang menunggu giliran di bilik akhir.
Quote dani-rox 10-6-2022 07:19 PM
tak bole ke hukuman mati dikekalkan sekurang2nya utk kes rogol dan bunuh kanak2?

kalau takda lg hukuman mati mandatori, cer tukar pergi hukuman jd pengganti animal testing dlm makmal.
Quote Lagubestbest 10-6-2022 07:20 PM
Edited by Lagubestbest at 10-6-2022 07:24 PM

Uish kalo camtu dah boleh import Pink 2CB dah.

Quote dani-rox 10-6-2022 07:28 PM
Lagubestbest replied at 10-6-2022 07:20 PM
Uish kalo camtu dah boleh import Pink 2CB dah.

tu dadah pilihan kayangan, paling popular sekarang kan?
dah bole fikir profesion sbg drug lord, tubuhkan cartel bermula dgn perniagaan dari rumah hahaha

Quote Belibis 10-6-2022 07:30 PM
Semata2 kerana ex duta tanam ganja??
'Undang2 saya yang tulis,bisa dipadammmm.'
Musang berjanggut
Quote bungarose 10-6-2022 07:33 PM
Kalau rakyat marhaen takder shiaper yang peduli
Dunya......dunya......pemerintah buatler sesuka hatimu
Balasan dan azab itewwwww pasti

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.197862 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top