Kecoh di media sosial mengenai nasib malang menimpa sekumpulan pelanggan yang dimaki oleh seorang peniaga di sebuah restoran popular di Melaka.
Digelar 'makcik puaka', tindakannya memperlekehkan pelanggan yang sedang makan bersama keluarga turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Berkongsi pengalaman kepada mStar, pelanggan berkenaan, Rosmarliana Rosli berkata, kejadian berlaku pada petang Rabu lalu di sebuah restoran di Bandar Hilir. Wanita berusia 37 tahun itu tampil menjelaskan bahawa kunjungannya ke restoran tersebut bukan pertama kali kerana pernah menikmati hidangan di sana beberapa kali sebelum ini.
"Saya orang Melaka, jadi pernah datang ke restoran tu beberapa kali. Tapi saya hanya datang dengan kawan-kawan. Ini pertama kali saya bawa saudara-mara dari Singapura. "Sebelum ni bila saya datang dengan kawan-kawan okay je tiada masalah, tak sangka pula ada isu masa datang bersama keluarga beramai-ramai," katanya ketika dihubungi mStar. Lebih mesra disapa Liyana, dia mendakwa kunjungannya bersama 10 yang lain termasuk ibu, bapa saudara dan ibu saudaranya ke restoran berkenaan kira-kira pukul 2 petang. "Masa tu masih lagi waktu tengah hari. Jadi, saya tanya makanan apa yang ada dan bila tengok masih ada lauk, kami pun order untuk sekeluarga makan. "Tapi 'makcik puaka' tu bising masa kami tengah makan. Kalau makanan dah habis, boleh je cakap baik-baik dan kami boleh pergi ke restoran lain," ujarnya yang berasal dari Ayer Molek, Melaka. Menurutnya lagi, keluarganya bukan sahaja dimaki dan dicaci, malah dimalukan di hadapan pelanggan-pelanggan lain. "Saya malu depan saudara-mara dari Singapura. Dalam restoran pula ada pelanggan lain yang tengok kami dimaki," tambahnya. Walau apa jua keadaan, Liyana yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki itu menegaskan bahawa adalah tidak wajar pelanggan diberi layanan buruk. "Paling saya kesal apabila dia hina guna ayat 'mak bapa'. Kalau orang kata makcik tu cakap kasar sebab dia orang Melaka, saya dan ibu pun orang Melaka... orang Melaka baik-baik. "Famili saya pun berniaga bertahun-tahun, kami layan pelanggan dengan baik. Tak kira orang Melaka atau orang luar, peniaga jangan bermusuh dengan pelanggan," katanya. Mengenai harga makanan, usahawan kosmetik itu mengakui caj yang dikenakan sebanyak RM240 adalah tidak berbaloi tetapi tetap membayarnya kerana enggan merumitkan keadaan. Menyedari restoran berkenaan pernah tular dengan insiden pelanggan dihalau, Liyana sama sekali tidak menyangka kejadian malang seumpama itu turut menimpa keluarganya. "Sebelum ni tak pernah kena walaupun orang banyak cakap tentang makcik tu. Tak sangka saya kena seteruk ini. "Memang serik nak datang makan di restoran tu lagi. Bukan setakat tak nak datang makan, nak lalu depan kedai makan tu pun dah tak mahu dah," katanya. Sementara itu, mStar telah menghubungi pihak restoran bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu yang tular. Terdahulu, perkongsian Liyana di laman sosial mengenai layanan buruk di restoran tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Selain harga makanan yang didakwa mahal, peniaga wanita dipercayai pemilik restoran tersebut turut melemparkan kata-kata makian dan cacian terhadap Liyana sekeluarga. Pada September 2020, restoran sama pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu. Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut. -CARI Sumber: mStar Online
|
Nnoor2 replied at 10-6-2022 10:53 AM
gila
Nnoor2 replied at 10-6-2022 10:53 AM
gila
wirazam replied at 10-6-2022 11:02 AM
Dengar dengar dulu dari pihak yg satu lagi...then baru boleh buat kesimpulan..yg kes influencer dulu ...
imanjannah replied at 10-6-2022 11:10 AM
ada sorang chef tulis pasal restoren ni di fb dia..
Nnoor2 replied at 10-6-2022 11:13 AM
Chef tu puji x masakan sini...mesti sedap
imanjannah replied at 10-6-2022 11:26 AM
ye.. dia puji masakannya.. dan cara layanannya juga
Nnoor2 replied at 10-6-2022 11:29 AM
Aikkk layanan baik ke
Tapi cara presentation pinggan mangkuk dia tu cantik teratur tengok ga ...
ADVERTISEMENT