Mengalami batuk berkahak sejak malam Rabu, pelawak legenda Hamid Gurkha dimasukkan ke wad biasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Menurut anak lelaki Hamid dikenali Fendy, bapanya yang kini menerima rawatan di wad pemantau mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan batuk namun bersyukur keadaan beransur pulih. Fendy turut menafikan kenyataan pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang mengatakan pelawak berusia 90 tahun itu tenat sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). "Buat masa ini, dia susah sikit nak bernafas sebab alami batuk yang tidak henti dan kahak tebal sangat. Sekitar pukul 6 pagi tadi, anak-anak bawa dia pergi hospital.
"Masa saya sampai di hospital, ayah sudah berada di wad pemantau. Itu saja keadaannya sekarang. Saya tahu tadi petang kak Ogy ada muat naik status kata pak Hamid di ICU. "Alhamdulillah, ayah baik saja... dia dah makan dan tidur. Yang masuk ICU itu mungkin salah faham saja. Agaknya mereka pun tak pasti," katanya ketika dihubungi mStar.
|
ezacbee replied at 10-6-2022 12:08 PM
Sapalah yg bagi info salah kat acik ogy ni.. takpun dia salah dengar
asamfish replied at 10-6-2022 12:34 PM
Patutnya hentam je komen acikO ni sebagaimana dia hentam peminat2 dia kat ig tu....
ezacbee: Sapalah yg bagi info salah kat ...
Mary_jane replied at 10-6-2022 02:38 PM
Pak Mid kalau bercakap sepatah2. Moga Pak Mid cepat sembuh & dapat balik berehat kat rumah.
ADVERTISEMENT