CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Ceraikan Isteri Selepas 16 Tahun Kahwin, Tiga Anak Sebenarnya Benih Lelaki Lain

10-6-2022 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3210| Komen: 22

Beijing: Lelaki berusia 45 tahun di China terpaksa menceraikan isterinya yang dinikahi selama 16 tahun selepas mendapati tiga anak perempuan yang selama ini dibesarkannya, bukanlah anak kandungnya.


Portal South China Morning Post melaporkan, lelaki dikenali sebagai Chen dari wilayah Jiangxi, timur China memfailkan perceraian dengan isterinya, Yu selepas mendapati wanita itu curang ketika perkahwinan mereka dan tiga anak perempuan pasangan itu dikandung daripada benih lelaki lain.

Chen bekerja jauh dari rumah untuk menyara keluarganya tetapi berkata, dia pada mulanya tidak pernah mengesyaki isterinya curang kerana mereka mengekalkan hubungan rapat dengan panggilan suara dan video setiap masa.


Foto: Agensi


Bagaimanapun, dia mula curiga awal tahun ini apabila isterinya mula mengelak panggilannya dan berkata mahu bekerja di luar rumah, lapor Radio dan Stesen TV Jiangxi.

Chen memutuskan untuk mengikut Yu dengan menjejaki lokasi sistem kedudukan sejagat (GPS) telefon bimbitnya.

Pada 1 Mac, Chen menjejaki Yu ke sebuah hotel di timur China.

Keesokan paginya Chen melihat isterinya mendaftar keluar dari hotel bersama seorang lelaki.

Chen pada mulanya memaafkan Yu, tetapi melakukan ujian paterniti yang mendedahkan anak bongsu mereka adalah anak lelaki lain.

Bagaimanapun, Chen memilih untuk kekal dalam perkahwinan itu.

Ini berubah apabila ujian paterniti selanjutnya mendedahkan dua lagi anak perempuan pasangan itu juga bukan anak kandung Chen.

Selepas pendedahan yang mengejutkan itu, Yu hilang, dan Chen tidak dapat mengesannya.

Dia kemudian meminta bantuan daripada media tempatan dan digambarkan menangis ketika wawancara dengan Radio dan Stesen TV China Jiangxi.

"Tiada seorang pun daripada mereka adalah anak saya sendiri," kata Chen ketika wawancara itu.

Bagaimanapun, Yu tetap tidak insaf dan apabila dikesan dan ditemuramah oleh stesen televisyen, dia memberi alasan bahawa kelakuannya tidak salah.

"Saya tidak fikir saya menipu dia. Adakah paterniti biologi benar-benar penting? Pasangan yang mandul mengambil anak angkat sepanjang masa," kata Yu dalam temu bual telefon.

Dia juga mengkritik tindakan Chen kerana memohon cerai selepas mendapati tiga anak perempuan mereka adalah dari lelaki lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-6-2022 10:45 AM
Tiada babi sebabi ini. Tu ja aku boleh sumbangkan.
Quote margo20 10-6-2022 01:58 PM
Huhu mantap pak abu
Quote sukacactus 10-6-2022 02:15 PM
Puan Yu telah membuktikan bahawa wanita xpernah salah
Quote ninnakarinna 10-6-2022 02:36 PM
Bukan china limit sorang anak je ke. Boleh plak dia beranak sampai 3
Quote Adrif 10-6-2022 02:49 PM
yup. kes curang selalunya akan kantoi

dan anak2 akan tau dulu sebelum mak/ ayah diorang tau

mana2 tempat, bangsa, negara, pun macam tu. tak kira lelaki atau perempuan, dua2 sama birah

jilake maksimum kepada semua pencurang
Quote n3ar 10-6-2022 02:49 PM
feminis akan cakap bini dia tak salah...

laki dia yg salah sebab tak bg perhatian, bla bla...bagi duit kemudahan keselesaan bla bla...
Quote Artemesiaa 10-6-2022 04:11 PM
ninnakarinna replied at 10-6-2022 02:36 PM
Bukan china limit sorang anak je ke. Boleh plak dia beranak sampai 3

Polisi dah tukar sekarang dah boleh sampai tiga
Quote bangcak 10-6-2022 04:15 PM
tiga anak tu

yg sorang nama, mopakat (dengarnya da arwah da)
yg sorang nama, bersatu
yg sorang nama, pejuwang

Quote kaoru44 10-6-2022 04:51 PM
Relax je dia jwb mcm tu
Quote imransulaiman 10-6-2022 04:56 PM
Teringat pula aku kat kawan lama aku...
Quote Hessa 10-6-2022 05:06 PM
kesian org yg dicurangi ni baik lelaki baik perempuan, sepatutnya org yg curang ni jumpa pasangan yg mencurang jugak
Quote kam3n 10-6-2022 05:15 PM
ninnakarinna replied at 10-6-2022 02:36 PM
Bukan china limit sorang anak je ke. Boleh plak dia beranak sampai 3

Selain polisi dah berubah, dulu-dulu masa masih 1 child policy, ada pengecualian untuk certain groups macam minoriti atau yang duduk di luar bandar. Yang kaya raya boleh bayar denda aje bila langgar polisi.
Quote gideoncross 10-6-2022 06:20 PM
Hessa replied at 10-6-2022 05:06 PM
kesian org yg dicurangi ni baik lelaki baik perempuan, sepatutnya org yg curang ni jumpa pasangan yg ...

Yg single pun pndai curang zmn skrg ni haha, offer tdo & free sex je.
Quote gideoncross 10-6-2022 06:21 PM
Adrif replied at 10-6-2022 02:49 PM
yup. kes curang selalunya akan kantoi

dan anak2 akan tau dulu sebelum mak/ ayah diorang tau

Klau curang dgn sorg partner tu lain crita, ni smpai 3 skli sbb tiga2 budak brlainan ayah. Mungkin Yu ni pun ada mnyimpan llaki lain gak.
Quote gideoncross 10-6-2022 06:22 PM
n3ar replied at 10-6-2022 02:49 PM
feminis akan cakap bini dia tak salah...

laki dia yg salah sebab tak bg perhatian, bla bla...bagi d ...

Ni klau c plakunya llaki, konfem org akn wah, pro ah tpi klau prmpuan yg buat, on the spot kna hina. Kan bngsa dorg ni klau simpan gundik tu dh jdi kbiasaan.
Quote edayildiz 10-6-2022 08:25 PM
huhu abistu dh xsyg la ankk tu..bertabah la...yg slhmya bininya..ank xsalah
Quote mojarean_X 10-6-2022 08:28 PM
Lps ni sape yg pjj watlah paternity test
Quote Cokoro 10-6-2022 08:50 PM
Wow Puan Yu tidak insaf ye dia
Quote rospinki 10-6-2022 10:13 PM
Oo bininya ramai peminat ke..tup tup cerai tup tup kawen..masa belaki dh siap pasang spare bakal bapak kepada anak2..pity yu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.179608 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top