CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Hilang Selepas Ibu Bapa Dibunuh Kejam, Ditemui Masih Hidup 40 Tahun Kemudian

10-6-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2679| Komen: 12

Kehilangan seorang bayi bagi satu pasangan baru berkahwin yang dibunuh dan ditinggalkan di dalam hutan dalam kejadian lebih 40 tahun lalu, ditemui hidup.

Harold Dean Clouse dan Tina Gail Clouse yang berpindah dari Florida ke Texas di Amerika Syarikat pada 1980, dibunuh dengan kejam ketika berusia 21 dan 17 tahun..

Mayat mereka ditemui di dalam hutan di Houston pada 12 Januari 1981, dengan Harold dilaporkan telah dipukul, diikat dan disumbat, manakala Tina dicekik.


Holly yang hilang ketika masih bayi kini merupakan ibu kepada lima anak. Foto:FHD forensics

Bagaimanapun, bayi perempuan mereka Holly Marie Clouse tidak ditemui.


Walaupun kes itu kemudian semakin senyap, namun detektif masih percaya kanak-kanak tersebut boleh hidup.

Lebih mengejutkan, 'bayi' itu kini telah dikesan ke Oklahoma selepas empat dekad.

Siasatan membawa kepada penemuan bayi itu yang kini merupakan ibu kepada lima anak, di mana polis datang ke tempat kerjanya pada Selasa lalu (7 Jun).

Hari ketika polis menemuinya jatuh pada hari lahir bapanya yang ke-63.

Menurut Pejabat Peguam Negara di Texas, Holly bercakap dengan keluarga kandungnya dan kini berharap dapat bertemu mereka secara bersemuka.

Namun, masih tidak jelas apa yang berlaku kepada bayi Holly semasa dan selepas pembunuhan ibu bapanya.

Identiti pasangan yang dibunuh itu sebenarnya tidak diketahui sehingga tahun lalu apabila DNA mengaitkan mereka dengan ahli keluarga di Kentucky. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-6-2022 10:40 AM
Masa jumpa tu masih bayi ka?
Quote bakingsoda 10-6-2022 10:49 AM
ingat membesar mcm tarzan dlm hutan pembunuh tu kot yg amik holly masa kecik pastu tinggalkan kat tempat lain atau dia bagi kat makpak angkat. kenapa tak bunuh skali tu jadi satu persoalan
Quote Dalcott 10-6-2022 12:30 PM
teknology skrg maybe dpt selesaikan byk kes yg unknown
Quote glump 10-6-2022 01:24 PM
Apa lah berita tu nak sampaikan.. terga tung
Quote Artemesiaa 10-6-2022 01:34 PM
Siapakah keluarga yang membesarkannya selepas kejadian tu
Quote gigahertz 10-6-2022 08:09 PM
Dalcott: teknology skrg maybe dpt selesaikan byk kes yg unknown

ni kebaikan DNA. U.S ada tabung DNA rasanya
Quote darkness 10-6-2022 08:14 PM
gigahertz replied at 10-6-2022 08:09 PM
ni kebaikan DNA. U.S ada tabung DNA rasanya

Rasanya...sama jgk dgn china. Derang ada tabung dna..dekat malaysia ni kalo ada tabung dna, ntah dah berapa anak haram yg bersepah...huhu
Quote mejaputih 10-6-2022 08:15 PM
Bestnya dpt settle cold cases .rasa mcm puas hati...
Quote kam3n 10-6-2022 08:17 PM
bakingsoda replied at 10-6-2022 10:49 AM
ingat membesar mcm tarzan dlm hutan  pembunuh tu kot yg amik holly masa kecik pastu tinggalkan kat ...

Pembunuh bunuh mak ayah sebab nak culik anak untuk dijual? Ala ibu2 mengandung yang dibunuh untuk dapatkan bayi dalam perut.
Quote DayangKirana 14-6-2022 08:42 AM
after 40 years, just found the baby..tapi still tak settle the case kan?
ape motif bunuh kejam smpai macam tu sekali?
Quote sukacactus 14-6-2022 10:23 AM
Parents dia kena bunuh sebab nak ambik baby tu ke
Quote supernaturalee 14-6-2022 10:43 AM
Dalcott replied at 10-6-2022 12:30 PM
teknology skrg maybe dpt selesaikan byk kes yg unknown

kes rogol 19 thn lps kata dpt kesan orgnya dh lps match dna
ada thread smlm ke kelmarin ke

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.162231 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top