Seorang lelaki berusia 50 tahun menikahi gadis bawah umur atas alasan isterinya tidak menguruskan kehidupan hariannya sejak belasan tahun lalu.
Lapor Tribunnews, kisah perkahwinan itu menjadi tular selepas ibu pengantin perempuan memuat naik kisah tersebut dalam sebuah kumpulan Facebook. Wanita itu mengadu mengenai anaknya yang masih berusia 16 tahun hendak dinikahkan dengan seorang Ketua Kampung Kedung Banteng. “Ini anak saya yang hendak dinikahkan dengan lelaki berusia 50 tahun.
“Dia mengaku kepada anak saya dia sudah bercerai dan sudah 13 tahun tidak diuruskan isterinya. Saya berharap ada penyelesaian mengenai isu ini,” luahnya. Difahamkan, lelaki tersebut berkenalan dengan gadis remaja itu menerusi Facebook dan pernah mengajak keluar berjumpa beberapa kali. Sedangkan, lelaki itu sudah memiliki isteri yang bekerja di Taiwan. Lebih menyedihkan, ibu gadis itu memberitahu bekas suaminya turut dihalau menjadi wali nikah ketika upacara akad nikah berlangsung. “Pernikahannya 4 Jun lalu dan bapanya datang ke majlis itu, tetapi dihalau keluar. Tahu-tahu sahaja sudah sah bernikah. “Saya tidak dapat menerima kenyataan ini,” katanya yang turut membuat laporan polis. Ketua Jabatan Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Anak dan Perancangan Keluarga wilayah Ngawi, Nugrahaningrum berkata, pernikahan tersebut dibatalkan serta-merta. Katanya, ini disebabkan pihak keluarga perempuan melahirkan kebimbangan mengenai usia anak mereka yang masih di bawah umur. “Selain tular, perkara paling utama adalah status lelaki tersebut yang masih beristeri,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia
|
Samerosie replied at 10-6-2022 09:21 AM
Tak, sekarang ni siapa yg gatal setuju bg budak tu kawin.
tikusmontok replied at 10-6-2022 10:28 AM
Apa yang tak?
Budak tu yg gatal setuju.
Samerosie replied at 10-6-2022 10:58 AM
Tu la maksud I, anak nya yg gatal. Lepas tu parents pula kasi sebab dah pergi nak jadi wali kan.. ...
Tak, sekarang ni siapa yg gatal setuju bg budak tu kawin.
tikusmontok replied at 10-6-2022 11:38 AM
Ayat uols di atas tak mengbrkan maksud uols
Samerosie replied at 10-6-2022 12:59 PM
Oh. My first post tu memang i maksudkan parent or parents yg sudah bg permission. Sebabnya, arti ...
ADVERTISEMENT