CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Azman Tak Nak Berubah Drastik Pakai Tudung Labuh Ke Tahap Muslimah

10-6-2022 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1834| Komen: 10

Pelakon Aishah Azman mengakui bukan mudah untuk menetapkan hati atau istiqamah dalam proses penghijrahannya dan bergelar seorang wanita berhijab sejak awal tahun lalu.


Pemilik nama pelakon Nor Aishah Afika Azman Shah, 26, itu berkata, memegang imej sebagai wanita berhijab bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukannya terutama apabila terlibat dalam dunia hiburan yang penuh pancaroba.


IG Aishah

“Sejujurnya susah nak istiqamah lebih-lebih lagi untuk saya yang terlibat dalam industri seni. Saya juga tak mahu berubah secara drastik.

“Namun, saya yakin dengan perhijrahan ini dan sentiasa percaya dengan rezeki Allah SWT. Tawaran berlakon tak pernah berhenti pun sebenarnya,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.


Dalam pada itu, dia yang popular menerusi drama Suri Katriana memberitahu enggan mengubah penampilannya sebagai seorang muslimah dengan terlalu drastik.

“Saya tidak meletakkan diri saya untuk memakai tudung jenis labuh sehingga ke tahap yang muslimah.

“Kini saya bertudung, asalkan menutup bahagian yang sepatutnya seperti pemakaian sarung lengan dan stoking kaki, itu sudah mencukupi bagi saya,” ujarnya.

Mengakui dirinya antara yang terkesan dalam pemberian watak dalam filem dan drama disebabkan imej bertudung, Aishah turut berharap penerbit, pengarah dan penggiat industri kreatif tidak mengehadkan karakter pada seseorang selebriti berhijab.


IG Aishah

“Watak bertudung tidak semestinya perlu dapat watak baik sahaja, pegang watak-watak yang klise sedangkan mereka mungkin boleh diberikan watak psiko dan antagonis.

“Kalau boleh, saya nak ubah pemikiran orang bahawa bertudung tidak semestinya perlu memakai jubah dan tudung labuh setiap masa.

“Saya nak tekankan bahawa bertudung bukan penghalang untuk seseorang kekal berfesyen,” katanya lagi.

Sebagai info, Aishah mencuri perhatian ramai sekitar Februari 2021 apabila muncul dengan imej berhiab dan memadam semua foto seksi dalam media sosialnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ujio 10-6-2022 11:37 AM
ohh senduu lahaiii…
Quote naina 10-6-2022 11:48 AM
Sapa lah ni..nyah sapa2 masuk.bod gosip
Quote Lavender_Violet 10-6-2022 11:51 AM
Meols pun tak kenal
Quote SherryZass 11-6-2022 11:01 AM
Ok then..?
Quote anilanil 11-6-2022 11:10 AM
Dekat malaysia ni kalo retis pakai hijab mmg auto mualaf vibes ke? Pakai je la dok dendiam. Nak cerita istiqomah la, nak dalami agama Islam la, nak tutup sikit2 dulu pakai tudung periuk la. Hangpa dulu sblm berhijab agama apa? Just pakai, jgn komen pape, jgn kondem yg blom pakai, that's it.
Quote bankerpencen 11-6-2022 11:14 AM
anilanil replied at 11-6-2022 11:10 AM
Dekat malaysia ni kalo retis pakai hijab mmg auto mualaf vibes ke? Pakai je la dok dendiam. Nak ceri ...

Kan. Diam2 sudahlah. Orang faham je, tak perlu canang2
Quote anilanil 11-6-2022 11:23 AM
bankerpencen replied at 11-6-2022 11:14 AM
Kan. Diam2 sudahlah. Orang faham je, tak perlu canang2

Yg tak menahan tu pakai tudung labuh tahap Muslimah? Apo..muslimah tu bukan ke maksudnya wanita muslim? Abis tu wanita muslim yg blom berhijab auto kafir ke hape??
Quote kiah_mai_pulak 11-6-2022 02:07 PM
suka hati kau lah deknonn oii
Quote Aikiko 11-6-2022 04:48 PM
Dia ni mende banyak plak citernya lately
Nak popular tak jugak....
Membayar jugak ke??
Quote Note8687 11-6-2022 04:53 PM
Tertukar plk dia ni dengan niena Brunei tu. Dah la dua2 isu tudung.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.363253 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top