Terpaksa memilih keluarga berbanding bekerja merupakan dilema dihadapi seorang pemegang Diploma Pengurusan Pelancongan, di sini apabila memutuskan memberi tumpuan menjaga anak-anaknya di rumah.
Haziyah Hadman, 29, berkata, sebelum berkahwin, dia bekerja seperti biasa menggunakan kelayakan yang diperoleh untuk mendapatkan pekerjaan yang sewajarnya. Namun, ibu kepada dua anak itu berkata, dia berdepan keadaan di mana ditekan majikannya selepas kerap mengambil cuti ekoran keadaan anaknya yang tidak sihat. “Anak pertama usia tiga tahun ketika itu sakit dan dua hari dimasukkan ke dalam wad. Selepas dia sembuh tidak lama kemudian anak kedua usia setahun pula masuk wad dan ditahan seminggu.
“Majikan mula menekan saya apabila menyatakan saya memberi alasan anak sakit. Jadi jalan mudahnya lebih baik saya menumpukan perhatian menjaga anak di rumah manakala suami keluar bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia. Sementara itu, tambah Haziyah, tidak dinafikan dia berasa amat sayang apabila diploma yang diperoleh tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperoleh pekerjaan. Dia yang kini hamil anak ketiga berkata, tidak mustahil satu hari nanti mungkin akan kembali bekerja apabila anak-anaknya sudah membesar. Sumber: UTUSAN MALAYSIA
|
kelip2_07: ank2 umur bwh 7taun mmg krp skit..ct mmg cpt abis..tp ko pun satu hal jgk ank kecik2 dh dua xleh ke rht dlu 2-3 taun br branak lg
Kitty_catz replied at 10-6-2022 12:51 AM
duk umah je dik.. tambah2 tgn peknen.. skang majikan ramai yg tak berapa nak amek kalau tau baru kaw ...
Kitty_catz replied at 10-6-2022 08:51 AM
duk umah je dik.. tambah2 tgn peknen.. skang majikan ramai yg tak berapa nak amek kalau tau baru kaw ...
Kitty_catz replied at 10-6-2022 08:51 AM
duk umah je dik.. tambah2 tgn peknen.. skang majikan ramai yg tak berapa nak amek kalau tau baru kaw ...
mojarean_X replied at 10-6-2022 09:34 AM
Tulah lumrah kerja swasta. Kalo pompuan nk berkeluarga dan nk keje carilah gomen. Swasta ni ngan kpi ...
insulin replied at 10-6-2022 08:59 AM
Marilah kerja kerajaan. Kerja kerajaan lagi senang nak mengulat. Anak sakit ke diri sendiri sakit ke ...
mamajawie replied at 10-6-2022 09:56 AM
iollss ada kawan masa roommate kat u dulu sanggup x kawen sbab nak fokus keje..bak kata chuollss u ...
ADVERTISEMENT