CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Syurga Untuk Akak" - Zarina Zainuddin Kongsi Detik 'Diserang' Anak Autisme

10-6-2022 08:54 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4649| Komen: 37|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Autism Story


Siapa yang tidak kenal pelakon veteran Zarina Zainuddin yang kini popular dengan perniagaan pulut kuning yang dijalankannya. 

Zarina sangat aktif di akaun media sosialnya. Selain memuat naik perkembangan lakonan dan pernaigaan, pelakon ini juga kerap memaparkan rutin harian bersama dua anak kembarnya iaitu Azil dan Azal.

Seperti semua ketahui, Zarina merupakan seorang ibu yang sangat hebat apabila dia mampu mengendalikan anak kembarnya yang dilahirkan dengan sindrom autisme. Kesabaran dan sikap penyayang Zarina melayan terhadap anaknya itu sentiasa dipuji ramai netizen kerana tidak semua orang mampu untuk mengawal perasan apabila berada dalam situasi itu.


Membesarkan dua anak penghidap autisme bukanlah suatu perkara yang mudah. Adakalanya Zarina akan memuatnaik video anak-anak menjadi agresif dan bertindak di luar kawalan. 

Baru-baru ini, Zarina memuat naik video terbaru di akaun Tiktok Autism Story yang memaparkan salah seorang anak kembarnya iaitu Azil yang menyerangnya di dapur ketika dia sedang memasak. 


Menerusi video itu, kelihatan Azil menarik tudung Zarina dengan kuat dan menampar mukanya sendiri berkali-kali sebelum ditenangkan Zarina. 

Hal ini menyebabkan ramai netizen yang risau dengan keselamatan Zarina memandangkan anak kembarnya kini sudah dewasa. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesabaran Zarina menguruskan anak-anak istimewa. Sememangnya Zarina seorang wanita yang kuat dan tabah. 


Sumber: Tiktok Autism Story

Semoga Zarina sentiasa diberikan kekuatan untuk menjaga Azal dan Azil. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-6-2022 10:22 AM
...shuben dia yang ganyut tu memang tak peduli langsung ke apa eh dekat budak-budak ni...? dah grown up adult dah pun, tenaga kuat gila, apatah lagi tenaga orang isteimewa macam ni, dia lepaskan direct je... dah macam kena dera laki dah ZZ ni....kalau ye pun laki dia kawin sebab kesian, dah beranak pinak dah pun kau buat ZZ ni, takkan sebab kesian jugak kot...meols tak pahamlah laki dia ni...
Quote ezacbee 10-6-2022 10:30 AM
Kena serang kat dapo memang seram weh.. Terlempar periuk panas tu huish..
Quote deebiz14 10-6-2022 10:52 AM
Kalau da byk unsur violence, spatutnya tak patut dibiarkan kat umah dah. Bahaya. Heols kene dikawal rapi. Dia bukan budak2 lagi. Kesian mmg, tapi nak gak kene pikir keselamatan orang lain.
Bawaknyer disimbah minyak panas ....
Quote imransulaiman 10-6-2022 11:06 AM
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Semoga tabah...
Quote SherryZass 10-6-2022 11:21 AM
seram pulak aku rasa, kena ada orang lelaki dewasa yg boleh kawal kalau bebudak ni mengamuk. Aduh, dengan tengah masak, mau terpelanting kuali tu
Quote Thunderclouds 10-6-2022 11:23 AM
Zarina xmau bg ank dia mkn ubat sbb dulu2 buat ank dia mcm comatose gitu. Tapi cocktail ubt yg psychologist bg utk budak autism la ni dh lain dr dulu. In fact ubt2 ni la yg byk bantu utk budak2 special yg high functioning utk duduk sama2 bsaing dlm kelas mainstream ngn budak2 typical. Kalo kena gaya, it helps a lot. Utk mak & lebih2 lg ank tu. Tp dia ni agk fixed in her own way kan. Xpa la. Dh ank dia.
Quote tepisket.. 10-6-2022 11:27 AM
Sama la dgn adam autism family tu. Adam tu pon time tantrum takut tgk. Tp parents da ready da tu tau cmne nak handle. Fikir bebaik je la. Klu bkn pasal syurga pun itu mmg amanah y Allah da bagi utk jaga.
Quote syamzana 10-6-2022 11:35 AM
Thunderclouds replied at 10-6-2022 11:23 AM
Zarina xmau bg ank dia mkn ubat sbb dulu2 buat ank dia mcm comatose gitu. Tapi cocktail ubt yg psych ...

anak dia yg ni kategori severe bkn high functioning dah ni. tp iols rasa ubat2 tu sgt membantu kot utk anak2 yg sebegini. cuma maybe parents la kot kesian tgk anaknya akan jd layu je tak berkutik bila mkn ubat, tahan pun x lama. entah la mcm2 gak persepsi parents terhadap ubat gini. tp bhy la utk keselamatan dia pastu siapa yg rekod ni sggup tgk zarina kene tibai gitu. kalau iols terloncat gelupur tarik dia bwk lari dah tu.

anak iols pernah la ms umur dia 4/5thn iols tnya psl ubat ni, tp doc tak bg la sbb mild condition and still manageable with therapy. dah beso remaja ni alhamdulillah cuma peel selfish/no common sense ni buat i sakit hati
kdg2 dlm kelas kalau kwn dia tnya psl subjek pun dia malas layan sbb dlm fikiran dia benda sng pun ko tak reti ke?? omg sgt peel rasa nak cubit2 je
Quote fatimahmarkonah 10-6-2022 11:40 AM
tepisket.. replied at 10-6-2022 11:27 AM
Sama la dgn adam autism family tu. Adam tu pon time tantrum takut tgk. Tp parents da ready da tu tau ...

Btoi yg adam tu nmpk family mmg ready utk handle bile adam tu tantrum. smoga family yg ada anak2 autism ni dikurniakan kesabaran ketabahan utk handle anak2 syurga.
Quote gujiwa 10-6-2022 11:44 AM
video ni bukan video lama ke.. macam penah tgk video ni dulu..
hurmm tapi kalau anak agresif macam ni kalau tak bagi makan ubat nak buat lagu mane lagi..
Quote Madel 10-6-2022 11:50 AM
Mak nya pun 1, 24jam dok tala hfon merekod anak..semua benda nak diupload ujung2 dari simpati jadi meluat
Doc dah elok2 suh kasi makan ubat, dibuat derk aje sbb kesian kat anak.
Dah tu apa yg acik Zarina ni nak?..mendapat la kan
Quote royaldanish 10-6-2022 11:50 AM
syamzana replied at 10-6-2022 03:35 AM
anak dia yg ni kategori severe bkn high functioning dah ni. tp iols rasa ubat2 tu sgt membantu kot ...

Kalau tak record nanti takde content pula ZZ ni.. takut lak nanti anak tu terambil object tajam/tumpul pukul sheols.
Quote scrocth 10-6-2022 12:05 PM
Laki dia kena upah bodyguard yg buff2 tu untuk control anak2 kembar yg dh besor panjang ni. Kalau tgh tantrum tu, at least abang2 sado ni boleh jer control dorg pegang satu tangan ja. Tp mmg betul, mmg kena makan ubat.
Quote Lady_T 10-6-2022 12:16 PM
syamzana replied at 10-6-2022 11:35 AM
anak dia yg ni kategori severe bkn high functioning dah ni. tp iols rasa ubat2 tu sgt membantu kot ...

Samalah dgn anak me...kecik dulu tantrum..hiking nangis depan pintu bank
Doc bgthu mild condition...skang dah beso, masuk kelas biasa...
Betul you kabo, bila dah beso, ya ampun perangai bust dunno rasa mcm nk Suh masuk perut semula..
Overall me syukur, experience jatuh bangun jaga anak mcm nie sgt berharga...
Quote Lady_T 10-6-2022 12:18 PM
Lady_T replied at 10-6-2022 12:16 PM
Samalah dgn anak me...kecik dulu tantrum..hiking nangis depan pintu bank
Doc bgthu mild conditio ...

Typo error:
Hiking- guling
Bust - buat
Quote Thunderclouds 10-6-2022 01:05 PM
syamzana replied at 10-6-2022 11:35 AM
anak dia yg ni kategori severe bkn high functioning dah ni. tp iols rasa ubat2 tu sgt membantu kot ...

Haah. Ank dia severe. I mean main point dia ubat ni sedikit sebanyak dpt bantu mak2 utk manage ank especially yg pesen aggressive gini. Kesian ada,takut pn ada i nengok. Tu mak tgh sehat,esok2 ntah mcm mna la kan. I ni sebok pikiaq nasib org,nasib i sendri pn ntah mcm mna kaka ada ank atypical jgak ka? We're in the same boat then. My youngest tu moderate. Baru 5yo
Quote syamzana 10-6-2022 02:24 PM
royaldanish replied at 10-6-2022 11:50 AM
Kalau tak record nanti takde content pula ZZ ni.. takut lak nanti anak tu terambil object tajam/tu ...

ye lerrrr dah retis kan. nyawa ujung2 pun kalau blh jadi content rekod la selagi boleh
Quote syamzana 10-6-2022 02:28 PM
Thunderclouds replied at 10-6-2022 01:05 PM
Haah. Ank dia severe. I mean main point dia ubat ni sedikit sebanyak dpt bantu mak2 utk manage ank ...

aah...dah remaja ni mcm2 hal bab emosi plak
dpt surat cinta kalau remaja lain sorok2 maybe sengih2 happy takpun mrh2 borak ngan kwn2 je la. anak iols bg surat kat maknya, tnya dah knp dia bg surat kat sy?everyweek ada, sy tak faham plak tu ayat bdk tu kan main bunga2 acik bc pun nak pitamss. ade ke dia suruh i inform gegirl tu stop bg surat, dah la bljr tak pandai. jujur sgt pesanan tu.
Quote zeetot 10-6-2022 02:31 PM
Laki tunggul je ke

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057798 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top