CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengorbanan Adik - Netizen Sebak Adik Sanggup Derma Buah Pinggang Selamatkan Kakak

10-6-2022 08:49 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1412| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Atikah Che Wan


Tidak dinafikan hubungan adik-beradik sememangnya sangat rapat bagai isi dengan kuku. Sudah menjadi fitrah kita sebagai seorang manusia untuk membantu adik-beradik kita dalam apa jua keadaan lagi-lagi apabila mereka berada dalam kesusahan. Sama juga dengan kisah wanita ini apabila adiknya sanggup menderma buah pinggang untuk si kakak.

Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai Atikah Che wan. Menerusi video itu, difahamkan Atiqah mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang secepat mungkin.



Pada mulanya, suami Atikah ingin membantu Atikah dengan menawarkan buah pinggangnya namun buah pinggang si suami disahkan tidak sesuai untuk menjadi penderma. Hal ini membuatkan Atikah terus menjadi murung dan merasakan hidup ini tiada lagi makna. Atikah juga akui dia pernah menyalahkan takdir kerana terpaksa menanggung sakit itu. 

Tetapi siapa sangka, harapan untuk Atikah mendapat buah pinggang baru akhirnya bersinar apabila adiknya sendiri telah berkorban untuk memberikan buah pinggangnya untuk menyelamatkan Atiqah. Pengorbanan adik Atikah secara tidak langsung membuatkan dia berasa sangat terharu dan sangat terhutang budi kepada adiknya.


Selama ini Atikah beranggapan bahawa dia banyak berkorban kepada adiknya memandangkan dia merupakan seorang kakak, namun Atikah akui pengorbanan yang dilakukan adiknya sangat besar dan tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu dan kagum dengan kasih sayang antara Atikah dan adiknya. - CARI

Sumber: Tiktok Atikah Che Wan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-6-2022 10:24 AM
kalau meols pass test sihat & kesesuaian pun meols akan lakukan perkara yang sama untuk adik beradik & family rapat meols, no second thought pun... inshaAllah lah. <3
Quote Buritan 10-6-2022 12:28 PM
prince_marhaen replied at 10-6-2022 10:24 AM
kalau meols pass test sihat & kesesuaian pun meols akan lakukan perkara yang sama untuk adik beradik ...

Aku dulu pun tolong adik beradik habis habisan.. doakan mreka spaya berjaya.. emm kalo aku ni leh tgk masa depan so sorry aku akan tolong.. baik aku joli duit akuuu
Quote RinIna 10-6-2022 12:33 PM
Semoga kakak dan adiknya terus sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.. Aamiin

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062919 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top