Sejak kedua-dua penyanyi berkaliber ini berpadu suara menerusi lagu Haram, peminat mereka terus mendoakan dan berharap Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah berjodohan sekaligus mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.
Melihat perkongsian gambar yang memaparkan keakraban dua figura ini nyata membuat jiwa mereka tidak tentu arah kerana menyifatkan pasangan ini tidak hanya serasi sebagai rakan duet tetapi juga sebagai kekasih.
Bagaimanapun, seiring dengan kesibukan mereka memenuhi tuntutan kerja, secara perlahan-lahan tidak ada lagi gambar mesra bersama yang dimuat naik di media sosial. Ia membuatkan netizen terus terperangkap dalam tanda tanya mengenai hubungan sebenar dua penyanyi ini.
Adakah hubungan rapat mereka sebelum ini hanya sekadar 'pelaris' pada lagu duet mereka atau masing-masing punya rasa namun memilih untuk merahsiakan percintaan mereka daripada umum atau sebenarnya hubungan mereka hanya sebatas rakan seindustri sahaja.
Hubungan Hael dan Dayang sekali lagi menjadi bahan bualan sebaik saja Hael tampil dengan lagu baharu berjudul Sama Seperti Dulu yang muzik video (MV) rasmi sudah pun dimuatnaik menerusi YouTube, semalam (8 Jun).
Memaparkan jalan cerita dua kekasih yang bertemu secara rahsia kerana enggan kisah cinta mereka diketahui umum serta babak melarikan diri daripada paparazi menyebabkan netizen mulai mengaitkan dengan kisah cinta Hael dan Dayang.
Malahan, ada juga netizen yang menyetuh bahawa cat kuku, cincin yang awalnya dibuang kemudian dijadikan loket rantai dan seterusnya penampilan Amelia Henderson pada babak akhir MV seakan-akan simbolik melambangkan penyanyi yang popular dengan lagu Di Pintu Syurga itu.
Namun, komen-komen itu hanyalah spekulasi semata-mata dari peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni Hael dan Dayang. Maksud sebenar disebalik lagu itu hanya dapat dijawab oleh Hael.
Tidak dinafikan, Hael dan Dayang kelihatan serasi bersama namun tidaklah menjadi kesalahan andai kedua-dua pasangan itu lebih selesa untuk menjadi rakan rapat sahaja. - YouTube
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Sudah la kau. Hanya memberi harapan pelesu pada fans korang yang mengeship tu. Lalu views pun naik, tinggi dan mencanak2.
But beautiful mv though. Well done ????
salah satu marketing kan.. ok laa tu.. lain2 dibelakang tabir tu malas nk pikir dah. kot btul mereka ni iols ok jer merestui, if bukan pun tak apa laa. dia org still relevan dalam industri.
selepas menonton video itu, aku tak nampak & tak rasa pun ada vibe nya si dayang dalam tu. Yg feel-feel mesti yg tak sudah-sudah mengeship diorang berdua tu kan. Sudah-sudahlah chuolls, sedarlah dari tidur tu