Penyanyi terkenal Zamani sendiri bersedih melihat perubahan pada tubuhnya yang semakin membongkok. Katanya kepada Gempak, dia sendiri baru perasan dengan keadaannya yang menderita penyakit Scoliosis itu selepas melihat video-video peminat yang tular.
“Saya tak marah bila orang kongsi video tersebut cuma agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita. Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya saya dan nampak teruk daripada sisi tepi. “Sebelum ni tengok cermin, nampak depan je tapi bila tengok keadaan sebenar dari tepi, saya sedih sebenarnya,” katanya.
Jika dibiarkan, Zamani mengakui keadaan tulang belakangnya semakin teruk dan sakit. “Sebenarnya keadaan kesihatan saya semakin teruk sebab saya dah tak boleh nak berdiri tegak. Sekarang saya kena buat pembedahan masukkan besi untuk menyokong tulang belakang. “Saya agak risau sebab perut belah kanan ni makin lama makin takde daging. Dia dah kosong dan saya takut. Sekarang memang sangat sakit sebab dia dah cucuk rusuk.
|
nanasno replied at 10-6-2022 10:33 AM
scoliosis takde ubat cara kampung ke apa. mmg operation saja penyelesaian. even dah operate pun kemu ...
ADVERTISEMENT