CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan Malas, Lemah' - Kongsi Video Throwback Zaman Kegemilangan, Ini Tip Kejayaan TokTi

9-6-2022 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1674| Komen: 1|Original author: =

Salah satu hantaran di Instagram penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra disapa sebagai TokTi menarik perhatian ramai di media sosial beliau.


Siti memuat naik semula perkongsian peminatnya yang memaparkan video zaman kegemilangan diva nombor satu negara ini memenangi anugerah pada Voice of Asia pada tahun 2002.


IG Siti

Menerusi coretannya, beliau sendiri hampir terlupa dengan momen tersebut dan mengatakan bahawa dirinya sendiri juga tidak menyangka mampu memenangi anugerah tersebut.

"Rajin sungguh peminat saya sorang ni buat #throwback kejayaan saya.. Saya pun dah hampir lupa momen ni, tapi bila tengok semula saya pun tak sangka saya mampu lakukan.


"Dalam hidup kita perlu ada kesungguhan dan perancangan. Tahu bagaimana untuk mencapai kejayaan. 

"Jangan Malas, lemah, sombong dan besar diri sebab akan ada orang yang lebih baik dari kita. Sentiasalah bersyukur, merendah diri serta selalu belajar dari kesilapan serta jangan lupa kepada Allah yang Maha Agung. Mintalah padaNYa," tulisnya.

Sambil mengenang zaman kegemilangan, penyanyi bersuara emas ini juga berkongsi sedikit rahsia kejayaannya.

Muat naik yang dikongsikan mencuri perhatian warganet, terutama dikalangan peminat penyanyi nombor satu Malaysia ini. 



Kompilasi video #throwback zaman kegemilangan Siti ini mendapat banyak komen dan respon dari warganet diruangan komen.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-6-2022 11:10 AM
while di twidder die hard fan sedang berpatah arang berpatah hati sebab tweet latest sheols (berbaur ayat bukan karangan sheols)....sebab kantoi staff sheols tak alert show sheols..semua kena buat sendiri, yet sheols still berpendirian jaga hati staff lebih penting walaupun semua kena buat sendiri.... huhuhu..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.072022 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top