Seorang wanita sudah berkali-kali terlanjur sejak menjalinkan hubungan 10 tahun lepas. Dia juga mengandung anak luar nikah namun nekad menggugurkan kandungan.
Tribun News melaporkan, tempat dia menggugurkan bayi berbeza-beza. "Pengguguran bayi sudah dilakukan sejak tahun 2012,"kata sumber polis. Menurut sumber lagi, wanita berkenaan meminum air ramuan khas dan akan melahirkan bayinya secara paksa di sekitar usia kandungan lima bulan.
Janin yang digugurkan itu akan disimpan di dalam gabus. Segalanya terbongkar selepas wanita berkenaan keluar dari rumah sewa dan tuan rumah datang membersihakan kawasan. "Budak perempuan itu tinggalkan rumah sewa sejak Disember 2021. Apabila saya periksa kotak gabus, ada mangkuk tingkat berisi nasi dan telur yang dah busuk. Bila periksa kotak lain, saya meremang nampak isian tanah dan penampakan rambut,"kata tuan rumah. Hasil autopsi mendedahkan objek yang ditemukan dalam gabus tersebut adalah tulang belulang daripada 7 janin berbeza. Tangkapan sudah dibuat dan polis sedang menyiasat motif di sebalik jenayah penyimpanan bayi tidak berdosa itu. -CARI |
ecahaha replied at 10-6-2022 12:20 AM
Kat mana jadi benda ni?
prince_marhaen replied at 10-6-2022 10:44 AM
Kalau tengok author MRO MRI ni...sah-sah berita IND, tak Indon, India. Kegemaran sheols negara kin ...
ADVERTISEMENT