CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Sangka Ibu Dimarah, Anak Pukul Kepala Tukang Gunting Rambut Pekak Dengan Besi Sampai Berdarah

9-6-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1228| Komen: 6

IPOH – Akibat salah faham, seorang tukang gunting rambut cedera di kepala selepas dipukul menggunakan sebatang besi oleh anak kepada pelanggannya dalam kejadian di Felda Trolak Selatan, Sungkai, Isnin lalu.


Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menyerang mangsa dari arah belakang selepas melihat wanita terbabit ‘memarahi’ ibunya yang sedang digunting rambut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan wanita berusia 62 tahun itu menerima lima jahitan di kepala.


Gambar Hiasan

Katanya, kejadian berlaku ekoran salah faham kerana mangsa yang mengambil upah menggunting rambut dari rumah ke rumah itu mempunyai masalah pendengaran.


“Ketika bercakap dengan pelanggan, mangsa yang pekak telah bercakap dengan nada yang tinggi dan ini menyebabkan suspek menyangka mangsa sedang memarahi ibunya.

“Marah dengan keadaan itu, suspek telah menyerang mangsa dari arah belakang dan mengetuk kepalanya dengan sebatang besi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah telah berlari ke arah rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum dibawa ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, pihak polis yang dimaklumkan kejadian itu telah ke lokasi dan menahan suspek serta merampas sebatang besi yang digunakan untuk mencederakan mangsa.

“Berdasarkan semakan, suspek mempunyai 18 rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Ujian awal saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 9-6-2022 05:26 PM
bodoh ke gila barua ni
dah la kaki dadah si babi ni
Quote Artemesiaa 9-6-2022 05:28 PM
Pasti dia bimbang apa2 jadi pada ibunya atm bergerak untuknya tu
Quote shernazz 9-6-2022 07:33 PM
Siannya mangsa
Mmg org kurang dengo ni cakapnya kuat..
Sebab dia tak dengo sgt apa yg dia ckp
Quote Adrif 9-6-2022 11:26 PM
dadahhh

mampus lo kena kitai dengan polis nanti
Quote imransulaiman 10-6-2022 12:48 AM
Mesti terlepas je nanti ni sebab di bawah pengaruh dadah! Sial lah!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068315 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top