CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Baru Lahir Dalam Beg, Terapung Di Laut

9-6-2022 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1300| Komen: 4

TAWAU: Mayat bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan ditemukan dalam sebuah bagasi yang terapung di tepi laut Tanjung Batu Logpond semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.43 petang itu, mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan oleh orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati saksi yang berjalan bersama tunangnya ternampak sebuah bagasi berwarna merah jambu terapung di laut berhampiran jeti berkenaan.


Foto: Utusan

Apabila mereka membuka bagasi itu, terdapat bayi dalam keadaan masih bertali pusat yang tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia.


Pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian telah membawa mayat bayi itu ke hospital daerah untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal doktor bertugas mengesahkan bayi perempuan itu seberat kira-kira satu kilogram dan panjang kira-kira 36 sentimeter (cm).

“Turut ditemukan dalam bagasi itu seketul batu seberat 1.24 kilogram serta lebar 12 cm yang dibalut bersama mayat bayi dengan menggunakan sehelai kain batik. Batu itu dipercayai digunakan bagi membolehkan bagasi tersebut tenggelam ke dasar laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan pihak polis.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kepada umum. Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di talian 089-752222,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-6-2022 05:14 PM
Rajinnya pi korek bagasi yang terapung di laut. Apa ingat mo jumpa emas ka?
Quote Artemesiaa 9-6-2022 05:26 PM
Amatur sungguh hasil kerjanya
Quote Skuau 9-6-2022 05:29 PM
sayang..kalo x..21 taun akan dtang..bapak Msia...mak pilak...bg IC nya....
Quote missyL 10-6-2022 02:55 PM
Sedih nye
Mcm premature sket ni sbb kecik je
Mmg hati iblis btol eh
Nk ckp hati binatang xleh binatang lg syg anak

Xde perasaan ke mase buang tu
Elok dah tngkap ltk batu kat kaki die buang dlm sungai harimau

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079249 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top