Jalan raya bukan tempat untuk tunjuk siapa yang hebat kerana ianya boleh berlaku kemalangan dan kerosakan kepada kenderaan tersebut. Baru-baru ini ada video tular di Twitter yang memaparkan rakaman "dashcam" sebuah lori yang merakam sikap biadap seorang pemandu kereta model Honda Jazz. Difahamkan, pemandu itu cuba menyelit walaupun kenderaannya dihimpit beberapa kenderaan berat. Malah, dia kemudian dengan berani keluar dari kereta semata-mata untuk mengambil gambar lori yang menghalangnya sebelum beredar. Menjengah di ruang komen, ramai yang menyifatkan pemandu lori itu bernasib baik kerana rakaman dashcam dapat menjadi bahan bukti. - CARI |
ADVERTISEMENT