CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Remaja Kena Serangan Bell’s Palsy Sebab Terlalu Lama Terdedah Pada Aircond, Betul Ke?

9-6-2022 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2440| Komen: 10

Tersebar satu dakwaan di media sosial mengatakan seorang remaja lelaki terkena serangan Bell’s palsy kerana wajahnya terlalu lama terdedah kepada pendingin hawa.


Pengguna berkenaan yang menggunakan nama akaun @sugar_gloww telah memuat naik satu video menunjukkan wajahnya yang senget. 


TikTok

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mengurangkan suhu pendingin hawa ketika menaiki kenderaan.

MyCheck juga mendapati pemilik video ini berasal dari Indonesia.

Menjengah ke ruangan komen yang dikongsikan di Facebook Beautifulnara itu, MyCheck mendapati ramai warganet menzahirkan kembimbangan dan tidak kurang juga yang mempersoalkan kejadian itu dengan menyifatkan ia hanya rekaan semata-mata.




Menurut Doktor Ammar Rashidi Abdullah yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, serangan Bell’s palsy ini tiada kaitan langsung dengan pendedahan terhadap pendingin hawa.

Sebaliknya, Bell’s palsy adalah disebabkan trigeminal nerve iaitu radang yang terjadi di saraf trigeminal yang bertugas untuk mengawal otot muka dan perlu melepasi satu saluran pada tengkorak muka untuk tiba di otot tersebut.



Dalam kes Bell’s palsy, saraf trigeminal menjadi bengkak dan keradangan yang menyebabkan saraf gagal untuk berfungsi dengan sempurna. Keradangan ini selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus.



Menurut Dr Ammar Rashidi, antara beberapa faktor serangan Bell's palsy adalah penyakit diabetes dan jangkitan saluran pernafasan.

Jangkitan virus pada saraf menyebabkan keradangan dan bengkak, sekali gus mengakibatkan saraf gagal berfungsi dengan sempurna.

Jadi, serangan Bell’s palsy ini sama sekali tiada kaitan dengan pendedahan yang lama terhadap pendingin hawa.


Sumber: MYCHECK.MY 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 9-6-2022 03:59 PM
Rasanya betul lah apa dia cakap tu...ekon timpa muka dia sb bangang sgt tu yg sampai senget2 muka
Quote dua_chzy 9-6-2022 04:00 PM
Ko percaya la generasi tiktok ni. Sedangkan tourette's syndrome pun ramai bebudak tiktok ni buat video fake konon menghidap syndrome tu demi content.
Quote tungkai 9-6-2022 04:02 PM
Sumber TikTok mmg aku tak percaya. Semua batak viral & like..
Quote Artemesiaa 9-6-2022 04:40 PM
Moga2 tak ada yang terpengaruh dengan statement nya tu
Quote Samerosie 9-6-2022 05:17 PM
krustykrab replied at 9-6-2022 03:59 PM
Rasanya betul lah apa dia cakap tu...ekon timpa muka dia sb bangang sgt tu yg sampai senget2 muka

Haha setepek.

Masa i baru start kerja dulu2 zaman muda belia in the early 90s, 2 of the dept managers kena ni coincidentally, dua2 orang ni suka drive buka tingkap sambil isap rokok.  Doctor memang kata tak tau punca tapi maybe masa dok drive tu virus tu in the air terus masuk lungs sebab isap rokok kan so jadi lah hal itu.
Quote dellashrill 31-8-2022 03:41 AM
iols baru jer doktor diagnose kene bell’s palsy.

mula-mula rasa tekak susah nak telan, esok pagi bangun nampak bibir atas bawah bengkak dan muka sembab. simptom macam alergi.

selepas 24 jam, baru perasan muka belah kanan macam xsimetri dengan mata, hidung dan mulut kiri. terus pegi klinik then kene pegi Emegency department.

Esok pagi-pagi terus pakar Neuro dan disahkan bell’s palsy.

dah 4 since jumaat lepas, so far nampak pengurangan sebab doktor bagi steroid high dos untuk sementara.
Quote KIM.K 31-8-2022 03:45 AM
Bell palsy mainly happening to stressful highly anxious people. Try bertukar ke income halalan toyyiban We look fabulous without illicit drugs
Quote dellashrill 31-8-2022 04:14 AM
nak kata stress keje, keje iols la paling rileks.. 8 hours per week and weekly income. my income in USD then convert RM. no stress at all. suka hati nak masuk keje kul brp.

no debt, hidup enjoy. tp still keje. doctor describe root cause is viral infection.
Quote KIM.K 31-8-2022 04:40 AM
Betch ear infection penyebab bell palsy
Quote ciksom 31-8-2022 06:06 AM
Kawan aku pernah kene minor strok masa umur 18. Tak tau la zaman tu tak pernah lagi bells palsy. Doktor cakap kesan minum ais setiap hari. Kawan aku tu memang suka minum minuman berais dari dr makan pagi sampai makan malam Sejak sekolah rendah. Banyak bulan juga la nak sembuh.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.090498 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top