CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rancang Kemalangan Diri Sendiri Demi Tuntut Insurans Hampir RM1 Juta

9-6-2022 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 865| Komen: 0

BEKASI: Polis menahan empat suspek yang didakwa membuat laporan palsu demi menuntut wang insurans berjumlah tiga bilion rupiah (RM911,000) di Desa Muspika Sari, Mustika Jaya. 


Lapor Kompas.com, Wahyu Suhada, 35 bersama tiga rakan yang lain Abdul Mulki, 37, Dena Surya, 25 dan Asep Riak, 35, membuat cerita palsu seolah-olah mereka mengalami kemalangan jalan raya. 

Ketua Polis Metro Bekasi, Gidion Arif Setyawan berkata, mereka berempat merancang senario kemalangan dan laporan palsu demi mendapatkan tuntutan kemalangan insurans nyawa. 

Katanya, Wahyu yang merupakan dalang di sebalik tuntutan palsu itu merancang dirinya dilanggar Fortuner ketika membawa motosikal sebelum tercampak ke sungai Kalimalang. 

Foto: Kompas.com


“Kita dapati Wahyu tidak hilang di sungai itu dan dimasukkan dalam daftar pencarian orang (DPO).

“Sehingga 5 Jun lalu, Wahyu masih hidup dan berada di sebuah tempat, namum belum dapat dipastikan lokasinya,” katanya. 

Gidion berkata, cerita palsu itu bermula apabila Wahyu bersama Abdul melintas semasa sekatan jalan di kampung itu. 

Jelasnya, semasa melintas jalan itu mereka berpura-pura dilanggar sebuah kereta dan Abdul terjun sendiri ke dalam sungai. 

Dalam masa sama, Wahyu melarikan diri dengan kereta dan meninggalkan lokasi kejadian. 

Selanjutnya, dua suspek lain bertindak menjadi saksi dan membuat laporan polis mengenai kemalangan palsu tersebut. 

“Selepas menerima laporan itu dan kita tidak berjaya menemukan Wahyu di dalam sungai, pihak polis mula berasa sangsi dengan laporan tersebut.

“Hasil penyiasatan mendapati kejadian kemalangan itu sebenarnya direka sendiri oleh Wahyu,” katanya. 

Menurut Gidion, kesemua suspek akhirnya mengaku membuat laporan palsu mengenai orang hilang dan lemas di sungai tersebut, bagi tujuan mendapatkan tuntutan faedah kematian bagi insurans nyawa. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.136641 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top