CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlagak Macam Kelindan Lori, Rupa-Rupanya PATI! Bahasa Melayu Langsung Tak Faham

9-6-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1067| Komen: 3


Pegawai Pemerintah Batalion 1 PGA Hulu Kinta Superintendan Shamsul Baharin Aman berkata, hasil siasatan mendapati empat pemandu treler warga tempatan itu disyaki diupah untuk membawa Pati terbabit dengan bayaran kira-kira RM500 setiap seorang.


Menurutnya, mereka hanya dibayar untuk membawa Pati berkenaan dari pekan Danok, Thailand ke Pekan Changlun pada jarak sekitar lapan kilometer untuk diserahkan kepada individu dipercayai tekong untuk menguruskan kemasukan Pati itu ke destinasi berikutnya.

"Kita percaya kesemua Pati warga India berusia antara 30 hingga 59 tahun itu mengambil masa berbulan-bulan untuk dari negara mereka dan melepasi beberapa negara untuk sampai ke sini.

"Sekarang ini keadaan ekonomi negara kita sudah kembali pulih dan banyak restoran serta kedai makan dibuka, berkemungkinan besar ia menarik minat Pati dari negara India untuk datang sini bagi mendapatkan peluang pekerjaan," katanya pada sidang media di Kompleks Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di sini, hari ini.



Foto: Harian Metro

Shamsul Baharin berkata, ia menjadi modus operandi terbaru yang digunakan sindiket untuk membawa masuk Pati ke negara ini.

Katanya, mereka menyangka dapat melepasi pemeriksaan pada waktu hampir tengah malam namun gagal kerana pemeriksaan ketat anggotanya menggagalkan cubaan mereka.

"Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua Pati yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu treler itu tidak mempunyai sebarang dokumen sah selain tidak fasih berbahasa Melayu.

"Kesemua mereka yang ditahan termasuk empat pemandu treler warga tempatan berusia antara 28 hingga 41 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya.

Shamsul Baharin berkata, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 40 tahun yang disyaki tekong darat yang mengupah empat pemandu treler terbabit ditahan polis di sekitar kawasan Kubang Pasu.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan tekong darat itu dipercayai sudah beberapa kali melakukan kegiatan itu dan menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Kita percaya masih ramai lagi Pati warga India berada di negara jiran dan cuba untuk masuk tetapi dengan kawalan ketat yang anggota kami lakukan, sindiket cuba membawa masuk seorang dua tapi gagal.

"Dengan itu, kita akan terus memperketatkan kawalan di sempadan dan melakukan pemeriksaan lebih terperinci termasuk di bahagian kepala lori dan ruang belakang untuk memastikan tiada penyeludupan berlaku," katanya.

Shamsul Baharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, manakala empat buah treler bersama sayuran, buah-buahan dan barangan runcit bernilai RM962,000 itu turut dirampas untuk siasatan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-6-2022 04:43 PM
Lakunan kurang mantap kantoi juga akhirnya
Quote namieamuro 9-6-2022 05:58 PM
padan la muke malaysia. terbukti kan sempadan negara senang je pati tembos. ni dr india pulak. belom lg geng Rohingyuck
Quote Skuau 9-6-2022 06:03 PM
awat nk habaq...xde rekod msk Msia..hang 'bungkus' je la depa tu...letak la'6 feet deep'.Selesai masalah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.204361 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top