CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tomok Cuak, Isteri Yang Teman Anak-anak Berkhatan

9-6-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1145| Komen: 3

Penyanyi Tomok akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anaknya Arrian Shah Akid,10, dan  Andra Shah Akid, 7, berkhatan sesuatu yang baharu dan bermakna.


Pun begitu, kata Tomok dia tidak dapat menemani anaknya ketika proses bersunat itu kerana sedikit gementar.


IG Tomok

“Ia satu pengalaman berbeza dan bermakna untuk kami sebagai ibu bapa hantar dan lihat mereka bersunat.

“Cuma saya tak masuk tengok lah, bukan apa saya agak fobia sedikit. Jadi isteri lah yang menemani mereka masuk bilik doktor.

“Saya cuma menenangkan mereka dan sebelum masuk bilik doktor serta di luar selepas bersunat sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.



Bertanya mengenai keadaaan dan kesihatan terkini anaknya, Tomok memberitahu mereka semakin pulih.

“Mereka okay pada mulanya dan banyak bertanya. Sudah tentu mereka ada rasa takut dan menangis juga masa hari pertama. Sekarang mereka semakin pulih lah.

“Sekarang ni di rumah, isteri saya yang jaga sepanjang dalam tempoh berehat dan berpantang. Mereka pun nikmati tempoh ini dengan bermain video game yang saya belikan,” ceritanya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sue_liah 10-6-2022 09:08 AM
aiyo...ini pun boleh jadi gossip
Quote laksmanabentan 10-6-2022 11:34 AM
sue_liah replied at 10-6-2022 09:08 AM
aiyo...ini pun boleh jadi gossip

kannnn jentik tote tu baru tau...
hahahaha....
Quote slyfynx 12-6-2022 11:30 PM
Pemende nehhhhh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.031422 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top