CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Upah 1,000 Banduan Bersihkan Pembetung

9-6-2022 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 805| Komen: 2

Kira-kira 1,000 banduan akan diupah untuk membersihkan pembetung di Bangkok mulai 1 Julai dalam usaha mengatasi masalah banjir di kawasan rendah di bandar raya itu ketika musim hujan.


Ketua Pengarah Jabatan Penjara (DoC) Aryut Sinthopphan berkata hanya banduan dari 10 penjara dan mempunyai rekod baik akan diambil bekerja.


Kredit foto: Bangkok Post

Beliau berkata tiada paksaan dan banduan yang berminat boleh memohon.

"Semasa bekerja, banduan tidak dibenarkan berjalan di kawasan awam dan tidak dibenarkan bertemu ahli keluarga dan saudara-mara.


"DoC akan menyediakan makanan kepada banduan. Upah akan diberikan apabila mereka menamatkan hukuman dan dibebaskan dari penjara," katanya.

Sebelum ini, bekas gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang menghentikan program itu selama dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.

Media tempatan melaporkan Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt pada Selasa bertemu Aryut untuk berbincang bagi menyambung semula program itu.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) merancang untuk membersihkan saluran pembetung sepanjang 6,000 kilometer (km) dengan peruntukan 15 juta baht.

Sebagai permulaan, pembentung sepanjang 500 km dijangka dibersihkan dalam tempoh empat bulan pertama.

Sementara itu, Menteri Kehakiman Somsak Thepsuthin berkata DoC bersedia menghantar banduan untuk membersihkan pembetung.

"Seramai 1,000 banduan dijangka membersihkan kira-kira 25 km pembetung dalam sehari," katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-6-2022 03:05 PM
Malaysia tak nak bersihkan pembentung guna pekerja pembersihan ke? Ke sapa yg dpt tender jota2?

Quote Artemesiaa 9-6-2022 04:46 PM
Baguslah dah keluar nanti boleh buat service pembersihan pembentungan dah ada pengalaman kerja pun

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.090481 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top