Tubuh berbau seperti ikan. Itu keadaan yang sangat jarang berlaku dan ianya dialami seorang wanita, Kelly Fidoe-White, 41.
Kelly terpaksa menerima hakikat apabila disahkan menghidap 'Trimethylaminuria' (TMAU) atau gangguan yang lebih dikenali sebagai 'sindrom bau ikan'. Penghidap TMAU lazimnya menghasilkan pelbagai bau badan yang kuat seperti ikan busuk, bawang dan najis, lapor Mirror. Wanita berusia 41 tahun dari Oldham, Manchester, itu pertama kali mengalami simptom TMAU ketika berusia enam tahun, di mana dia menyedari air kencingnya berbau seperti ikan.
Apabila mencapai akil baligh beberapa tahun kemudian, Kelly menyedari bahawa dia mempunyai bau badan yang sangat ketara pada kebanyakan masa. Dia akhirnya didiagnosis menghidap TMAU pada 2015 ketika berusia 34 tahun. Disebabkan situasi tersebut, Kelly bergelut dengan pelbagai gelaran nama yang diberikan kepadanya selama beberapa dekad. Dia juga mengambil inisiatif menukar pakaian dua kali sehari dan menggunakan semburan deodoran yang banyak untuk menutup bau badannya. Malah Kelly berkata dia pernah mandi empat kali sehari bagi menghilang bau badan. Pernah satu masa, ibunya terpaksa ke tempat kerjanya untuk menghantar pakaian tambahan selepas seseorang mengadu kepada pihak pengurusan mengenai bau badannya. Sumber: mStar
|
shernazz replied at 9-6-2022 07:34 PM
Ramai bangla bau bawang
Skuau replied at 9-6-2022 08:14 PM
maknanya gomen nk bawa 500k penyakit ke Msia la gamaknya...
H0rr0rfan replied at 9-6-2022 11:57 AM
You are what you eat.
ADVERTISEMENT