Tiga beradik perempuan dan anak mereka ditemukan mati di dalam sebuah perigi di India. Mereka sempat meninggalkan pesanan menyalahkan keluarga yang mengahwinkan mereka dengan lelaki 'tidak berguna'.
NDTV melaporkan, Kalu, Kamlesh dan Mamta Meena menjadi mangsa pertikaian mengenai hantaran kahwin, wang yang perlu dibayar ibu bapa di India untuk mengahwinkan anak perempuan mereka. Mangsa dilaporkan berkahwin dengan saudara lelaki daripada keluarga sama.
Mereka juga tinggal di kediaman sama tetapi mengalami keganasan berterusan daripada suami dan mentua mereka, menurut saudara mara ketiga-tiga mangsa. Tiga beradik berkenaan termasuk bapa mereka didera secara berterusan kerana gagal memenuhi tuntutan suami wanita terbabit untuk mendapatkan lebih banyak wang. Ketiga-tiga mereka ditemukan meninggal dunia bulan lalu berhampiran rumah di sebuah kampung di pinggir Jaipur, bersama anak lelaki Kalu berusia empat tahun dan bayinya. Kamlesh dan Mamta pula dilaporkan mengandung. "Kami tidak mahu mati tetapi kematian lebih baik daripada sering didera mereka. Ipar duai kami punca kematian kami," katanya. Sumber: Harian Metro |
tikusmontok replied at 9-6-2022 02:17 PM
Satu biawak kawin 3 ppn ke?
CaTtLeRaNcH replied at 9-6-2022 02:36 PM
dah alang2 3beradik ni tak tkut mati sbb bunuh dri bagai awat tak rancang bunuh je laki hanjeng kau ...
adeqbun replied at 9-6-2022 03:41 PM
polis india lg kejam..kalau diorg membunuh,kang lg truk kene dera ngan polis2 ...bleh tgk cite jai ...
adeqbun replied at 9-6-2022 03:41 PM
polis india lg kejam..kalau diorg membunuh,kang lg truk kene dera ngan polis2 ...bleh tgk cite jai ...
wadiunong replied at 9-6-2022 03:48 PM
kann.. sedih & takut tgk kekejaman polis. best movie tu. my fav hero berlakon
ally9970 replied at 9-6-2022 04:19 PM
Dah la kena bayar kat lelaki bila kawin, lepas tu kena jadi mcm hamba serve family lelaki pulak...
O ...
adeqbun replied at 9-6-2022 03:41 PM
polis india lg kejam..kalau diorg membunuh,kang lg truk kene dera ngan polis2 ...bleh tgk cite jai ...
kam3n replied at 9-6-2022 03:44 PM
Rasanya maksudnya, bunuh dulu laki memasing lepas tu baru terjun perigi.
tikusmontok replied at 9-6-2022 02:17 PM
Satu biawak kawin 3 ppn ke?
tri-max replied at 9-6-2022 05:30 PM
pasal negara ni malas da nak cakap, semua serba tak kena
agama salah, perempuan salah, polis salah, ...
ladybugz replied at 9-6-2022 05:47 PM
sedih cerita ni. perempuan selalu tertindas. dianggap bibik x bergaji atau hamba abdi.mana2 pun masi ...
ADVERTISEMENT