CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Medan Makin Gemar Santap Anjing, 150 Ekor Dibunuh Setiap Hari

9-6-2022 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1922| Komen: 16

Data dari Toba Animal Friends menunjukkan penduduk Medan gemar menikmati daging anjing.

Menurut laporan TribunNews yang dipetik Utusan Malaysia, 150 anjing dibunuh bagi mendapatkan dagingnya setiap hari.



Reuters

Pengasas Toba Animal Friends, Anita Panggabean berkata, berdasarkan data itu, jumlah individu memakan daging anjing di bandar ini adalah sangat tinggi.

Memandangkan ia sepatutnya menjadi haiwan peliharaan dan bukan haiwan santapan, sudah tiba masanya peraturan khusus dibuat bagi mengatasi masalah penjualan daging anjing.


“Menilai tindakan kerajaan Kota Medan mengeluarkan Pekeliling Bilangan 440/4676 pada 22 April lalu, larangan pengkomersilan daging anjing adalah amat wajar.

“Namun, peraturan itu perlu dilaksanakan. Ini kerana, peraturan sama sudah ada sejak 2018, tetapi hanya muncul tanpa sebarang tindakan sebenar,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sudah membincangkan larangan pengambilan daging haiwan berkenaan dengan Datuk Bandar Medan dan Gabenor.

Kata Anita, Perkhidmatan Keselamatan Makanan yang dikeluarkan Bandaraya Medan juga melarang kegiatan jual beli daging anjing secara komersial.

Emilia Lubis selaku Ketua Perkhidmatan Keselamatan Makanan Kota Medan berkata, larangan itu bagi melindungi orang ramai bagi mengelakkan penyakit zoonosis berjangkit kepada manusia. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-6-2022 10:57 PM
Covid tersenyum sinis. Tak serik2 ke uols? Tanya covid.





Quote lattehazelnut 9-6-2022 12:15 AM
Dengan harga ayam makin naik kat sini pun xmustahil jadi camtu..
Start dgn vietnam lepas tu warga asing lain..
Quote putera_daruna 9-6-2022 11:07 AM
lattehazelnut replied at 9-6-2022 12:15 AM
Dengan harga ayam makin naik kat sini pun xmustahil jadi camtu..
Start dgn vietnam lepas tu warga as ...

kurang sikit anjing berkeliaran....
Quote Decaffeinated 9-6-2022 11:12 AM
Untuk yg tak tau Medan ni asalnya daerah melayu. Being a big city ofkos jadi tumpuan imigran. Another large ethnic group yang native to the area is Batak.
Quote ira_229 9-6-2022 11:32 AM
mmg dah lama orang2 batak melakukan aktiviti ini...
beberapa tahun dulu masa saya travel ke Padang..
dalam perjalanan ke Pariaman nampak orang keluar dari hutan dengan beberapa ekor anjing lepas tu tour leader cakap itu orang batak...nanti anjing yg dibawa akan dimakan... terus rasa loya n nak makan kat restorant pun jadi was2 takut dihidang dengan daging anjing..
Quote Samerosie 9-6-2022 11:56 AM
Haritu ada gak keluar kat Al Jazeera ke BBC, kat pasar Medan ni jual bats and kucing juga.
Quote Kemaruk-Taikk 9-6-2022 01:04 PM
Mbak Friska tersenyum sinis
Quote jiwasemangat 9-6-2022 01:16 PM
Persatuan Pecinta Haiwan Me'sia tersenyum sinis..
Quote Artemesiaa 9-6-2022 01:37 PM
Kalau tak silap orang Batak memang dari dulu makan haiwan tu bukan benda baru pun.  Yang jadi isu banyak orang luar ingat di Medan ni semuanya islam sebab negeri2 bersebelahan dengannya banyak yang islam.  Tambah harga barangan makanan makin mahal tak hairan jika itu jadi pilihan utama mereka sekarang.  Sebab tu kalau travel kesana jangan main makan je dikedai makan check dulu ok tidaknya macam bila ke Bali.
Quote azie5zoe 9-6-2022 03:42 PM
Kurang sikit anjing liar kalau perkara ni berlaku kat sini tapi anjing liar ni pun dah pandai. Lori tangkap anjing baru masuk simpang jalan jer depa dah lari hilangkan diri.
Quote Belibis 9-6-2022 03:47 PM
lattehazelnut replied at 9-6-2022 12:15 AM
Dengan harga ayam makin naik kat sini pun xmustahil jadi camtu..
Start dgn vietnam lepas tu warga as ...

Elok jugak..daripada digigit anjing,baik jadi lauk kepada yang sudi.
Quote gigahertz 9-6-2022 03:58 PM
Decaffeinated: Untuk yg tak tau Medan ni asalnya daerah melayu. Being a big city ofkos jadi tumpuan imigran. Another large ethnic group yang native to the area is Ba ...

so kalau ada maid dari medan kalau dia mengaku dia melayu majikan tak boleh senyum sinis kan ?

Quote star_karat 11-6-2022 10:23 PM
Orang melayu orang cina medan pun dah perangai mcm batak. Kasar, tengking2, jegil2 kat orang.
Quote Orenn1 11-6-2022 10:50 PM
Adoiii sabo je, masuk thread ni aku pikir betapa berbezanya anjing dilayan ye ikut negara sbb baru khamis lepas ni aku beli hadiah utk anjing anak aku, aku subscribe utk 12 bulan, dia mcm dogbox setiap bulan company tu akan hantar 1 kotak hadiah n dlm kotak tu surprise aku pun tak tahu apa benda tp ada dlm 5 6 barang kut mcm tu campo2 mainan n snacks, dlm 200rm sebulan, hari ni first time mico dpt hadiah tu, dia punya menggelupor ya ampon seronokk gilerr ekor dia gedik2 tak terkatalah.  Anak aku punya lah happy aku buat benda ni utk anjing dia. Memang aku tahu si mico suka bukak hadiah aku saja nak happykan dia mencari2 aku kat internet so dpt benda ni. Ni masuk thread ni baca cerita mcm ni adoiiiiii kesiannya nasib anjing tak sama, tak blh bayangkan klu mico kena jual kat pasar gitu sebenarnya aku takut si mico tu aku mmg takut anjing cuma bagi bg kasih sayang cara lain. Haishhh taktahu nak kata apa bila pikir nasib anjing kat negara lain teruk hidup dorg. Semoga ada yg perjuangkan nasib dorg.

Quote Orenn1 12-6-2022 12:17 AM
Lisa Vanderpump buat mcm2 utk stop yulin festival kat china. Kejam2 manusia
Quote zulfahmimaidin 12-6-2022 01:31 AM
teringat conniedog...nyum

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035681 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top