Hubungan majikan dan pekerja adalah hubungan yang perlu diperkuatkan supaya kedua-dua pihak itu boleh berkerjasama ketika waktu berkerja. Baru-baru ini, ada hantaran di Facebook tentang majikan tidak patut membelanja pekerja mereka makan telah mendapat reaksi yang amat negatif dari netizen. Menurut hantaran itu, sebagai majikan lebih baik sekiranya duit tersebut digunakan dengan lebih bijak seperti memberikannya sebagai bonus.
Tambahan pula, pekerja sudahpun dibayar gaji masing-masing, jadi tidak perlu untuk majikan berbelanja lebih lagi.
Difahamkan, ramai netizen tidak bersetuju dengan hantaran tersebut kerana ada yang berkata ianya tidak salah untuk majikan membelanja pekerjanya sebagai tanda penghargaan dan ada juga berkata bahawa duit yang digunakan itu bukanlah duit syarikat atau bisnes tetapi milik majikan itu sendiri. - CARI |
orangbiasaje: Unpopular opinion, tapi dalam ...
ADVERTISEMENT