Diana Danielle telah meluahkan rasa teruja selepas terpilih untuk berkolaborasi bersama penyanyi Britain, Calum Scott yang memberikan nafas baru pada lagu barunya, ‘Heaven’ yang melakukan kolaborasi dengan artis berbakat dari Asia Tenggara termasuklah Filipina, Vietnam, dan Indonesia.
Menerusi hantaran di Instagram, Diana dilihat memuat naik klip nyanyiannya bersama Calum Scott.
D ruangan komen mendapati rakan selebriti Elfira Loy, Betty Rahmad, Siti Saleha dan ramai lagi meluahkan rasa teruja malah turut menitipkan ucapan tahniah di atas kolaborasinya bersama penyanyi Britain itu.
“OMG congrats!! So excited to hear this,” komen Elfira Loy. “Congrats mummy,” komen Betty Rahmad. “So amazing love,” komen Siti Saleha. “Awww so excited for you…Congrats beb,” komen Raja Ilya. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah komen netizen yang menyifatkan lagu nyanyian Diana Danielle adalah muzik yang dimahukan orang ramai, dan bukan seperti lagu ‘Gatal’ Janna Nick.
“Yang macam ni lah nak, bukannya gatal gatal gatal,” komen netizen. Diana kemudian membalas komen netizen tersebut dengan memberitahu bahawa dia rasa bangga dengan Janna yang telah menghasilkan sebuah lagu yang catchy, sehingga dikenali satu dunia termasuklah penyanyi Korea Selatan PSY yang turut menggunakan lagu Janna Nick ‘Gatal’ sebagai background dalam videonya di Instagram. “Saya rasa bangga dengan Janna. Ianya bukan mudah untuk hasilkan lagu yang hit. Lagu tu terkenal satu dunia sebab concept dan lagu yang catchy, if i may so myself.” Setiap lagu ada kelebihan tersendiri. -CARI Sumber: Murai.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|