CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Abai Syarat Minimum Ketinggian, Budak 8 Tahun Maut Di Karnival

9-6-2022 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1193| Komen: 0

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia di Royal Adelaide Show selepas pengendali permainan di karnival berkenaan tidak mengendahkan arahan keselamatan, demikian hasil penemuan yang didedahkan seorang koroner.


Adelene Leong, dari Malaysia, melawat karnival yang dianjurkan di Australia itu bersama ibunya sewaktu mereka bercuti pada 2014, lapor Mirror.


Mirror/SA Police

Semasa menaiki permainan 'Airmaxx 360', gadis kecil itu terkeluar daripada halangan dan terpelanting ke udara, sebelum terjatuh ke tanah.

Lebih tragis, kejadian berlaku di hadapan ibunya dan beberapa pengunjung lain.


Gadis kecil itu disahkan meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan yang disebabkan ketika terjatuh.

Inkues kematian Adelene diberitahu bahawa permainan 'Airmaxx 360' adalah yang pertama seumpamanya yang diimport ke Australia pada 2013 tetapi tidak menjalani proses pendaftaran reka bentuk yang diperlukan, sebaliknya mereka menggunakan pensijilan untuk permainan yang serupa.


Kredit foto: Mirror/PA

Menerusi syarat yang dimaklumkan kepada pengunjung, permainan itu mengenakan keperluan ketinggian minimum 120 sentimeter (cm) untuk penunggang yang tidak ditemani penjaga, walaupun pengeluar dari Sepanyol mengesyorkan syarat ketinggian minimum 140 cm.

Adelene berketinggian 137 cm ketika kejadian yang menyaksikannya terjatuh sehingga meninggal dunia.


Kredit foto: Mirror/PA

Timbalan Koroner Negeri, Ian White memberitahu mahkamah pada Rabu bahawa kematian Adelene boleh dielakkan, sekiranya pengendali tidak mengabaikan keperluan syarat ketinggian pengeluar. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.045109 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top