Seorang guru yang mengalami kecederaan akibat insiden tembakan besar-besaran di Uvalde mengutuk anggota polis sebagai ‘pengecut’ kerana lambat bertindak sehingga menyebabkan murid sekolah terbunuh.
Menerusi temubual bersama ABC News, Arnulfo Reyes berkata, semasa kejadian dia terpaksa memberitahu pelajarnya yang lain supaya berpura-pura tidur. Katanya, 11 daripada mereka maut apabila lelaki bersenjata itu mengintainya dari bilik darjah bersebelahan selama lebih sejam. Sedangkan ketika itu anggota polis hanya menunggu di dalam dewan.
Guru itu berasa kecewa kerana anggota polis mengambil masa lebih sejam untuk menyerang suspek. Reyes yang sudah berkhidmat selama 17 tahun memberitahu tidak menyangka hari tersebut bertukar menjadi tragedi ngeri. “Masa itu, murid-murid sedang menonton filem dan saya mengarahkan mereka bersembunyi di bawah meja dan berpura-pura tidur. “Namun, pengganas itu masuk melalui kelas sebelah dan melepaskan tembakan,” katanya. Insiden tembakan tersebut mencetus kemarahan global apabila meragut 21 nyawa termasuk 19 daripadanya kanak-kanak di Sekolah Rendah Robb. Suspek berusia 18 tahun yang melancarkan serangan itu berjaya ditembak mati oleh anggota polis dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun sejarah kesihatan mental. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT