CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Bon Odori, Kenapa JAKIM Tak Suruh Je Orang Islam Tinggal Dalam Gua? - Siti Kassim

9-6-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3168| Komen: 33

Festival Bon Odori yang diraikan masyarakat Jepun pada 16 Jun adalah satu acara tarian untuk memanggil semula roh datuk nenek moyang mereka.

Sambil menari dalam bentuk bulatan dengan iringan paluan gendang, mereka yang menyertai Bon Odori juga mengenakan pakaian tradisional kimono.


FB Siti Kassim

Bon Odori yang lebih ke arah acara keronahian atau spiritual masyarakat Jepun, kini menjadi ikutan segelintir orang Melayu.

Ada yang mempersoalkan upacara Bon Odori dilihat cenderung ke arah kekeliruan akidah umat Islam.

Aktivis yang juga bakal menjadi calon pada pilihan raya umum nanti, Siti Kassim berpendapat, yang terkeliru dengan Bon Odori bukan orang Islam, tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau dalam hantaran di Facebooknya, Siti Kassim berkata, dalam kehidupan seharian umat Islam tidak ada masalah dengan yang bukan Islam dalam meraikan perayaan atau festival.

“Malangnya akidah JAKIM tidak begitu kuat. Senang mengelirukan,” kata Siti Kassim.



Beliau seterusnya berkata, “pada pandangan saya, mereka ini sedang menderita kecelaruan kerohanian (spiritual).

“Festival ini sudah berlanjutan sekian lama. Kenapa baharu sekarang (dibangkitkan)? Mereka tidak seharusnya melayan kita seolah-olah kita tidak berakal.”
 
Siti Kassim juga berkata, mengapa JAKIM tidak menyuruh orang Islam tinggal sahaja di dalam gua.

“Kerajaan sepatutnya maklumkan kepada JAKIM agar jangan mencampuri perkara peribadi individu. Lebih elok, tutup sahaja JAKIM,” kata Siti Kassim dalam hantarannya. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bahagiaselalu 9-6-2022 12:28 PM
tak perlu lah kita umah islam nak pergi tengok.. duk umah mengaji jer lah
Quote Bedah.Cun 9-6-2022 02:38 PM
Ye lar duk rumah baca Qiraati tue sudahh!
Quote Decaffeinated 9-6-2022 05:03 PM
Bon what? Bon Jovi tau lah

Quote djzara81 9-6-2022 05:55 PM
Dah mula bunyi mek Siti. I bet ramai org Isle dah mula aware psl sejarah Bon Odori but choose to be ignorant & instead keep on celebrating it.
Nak jd Muslim yg betul2 beriman, dahulukan syariat & akidah Islam. Tak rugi pon hidup kalo tak celeb8 bon2 tu semua.
Quote tripleid 9-6-2022 07:29 PM
Lobai pas kelate pun penah anjur bon odori..knp baru skrg nak bising??sbb PRU dah dekat kan?

IMG_20220609_192820.jpg
Quote ultra78 9-6-2022 07:31 PM
Selama kini barulah aku tahu wujud festival ni.
Quote primarikey 9-6-2022 08:57 PM
ultra78 replied at 9-6-2022 07:31 PM
Selama kini barulah aku tahu wujud festival ni.

Aku pn baru tau

Syukur x pnh smbt
Quote axl_bach 9-6-2022 09:15 PM
Aku x pernah tau pun Don Obori ni...

Tp kalau btol pun sejarahnya disambut utk perayaan pemujaan yg kemudiannya dibudayakan,  xkah ianya sama jer mcm tarian ulek mayang,  yg dulunya juga berdasarkan pemujaan,  yg kemudiannya dibudayakan
Quote Normabaru 9-6-2022 09:18 PM
Yes kaka sokong si anak kassim ni suruh katup jakim..reasoning kaka xsetuju tapi cdgn tutup tu bernassss!


Bon appetite

Quote sharlenetexas 9-6-2022 09:20 PM
Whateverlah sis siti.

Quote zjen 9-6-2022 10:03 PM
JAKIM ada niat jadi kuasa ke tiga selepas UMNO dan Sultan  ...  naik la bertanding masa PRU,  jgn ponen
Quote Nenasketum 9-6-2022 10:38 PM
Ko tu gua pun tak hingin nak kawan ok
Quote dua_chzy 9-6-2022 11:17 PM
Nak tengok JAKIM berani ka idok tegur Sultan Selangor. Oh juga si Setadzah Bieber tu.
Quote ipanimanz1 10-6-2022 12:05 AM
dia ni elergik betul dgn jakim..asal ada kenyataan 'sensitif' jakim kluarkan,dia pun sibuk nk komplen
Quote Perwira2022 10-6-2022 06:42 AM
Alahai bodohnya pemikiran Siti Kasim & orang2 yg satu fikiran dengan dia ni.. Nampak sangat spesis takde jati diri sampai lapar sangat nak terikut-ikut budaya orang lain. Nampak sangat Islam pada nama tapi takde ilmu dan faham apa yang dianutinya...
Quote Minami2013 10-6-2022 06:51 AM
Ada baca mana ntah.. utk org islam, kat dunia ni mmg mcm penjara.. itu tk boleh.. ini tk boleh..
Quote Jiddin 10-6-2022 06:56 AM
Suara Rakyat FB tu dah nape? Bon Odori ngan Pesta Budaya Kelate-Jepun tak sama kot.....
Quote dodolgemok 10-6-2022 07:49 AM
tripleid replied at 9-6-2022 07:29 PM
Lobai pas kelate pun penah anjur bon odori..knp baru skrg nak bising??sbb PRU dah dekat kan?

Bila tok lobai ikut kepala akal diorang yg pendek tu, cmni lah jadinya. Padahal kat serombi pernah buat juga yah. Nampak sgat mainan politik lobai sangkak ini. Ujong2 cash kena sound dgan Sultan Selangor!
Quote dodolgemok 10-6-2022 07:50 AM
Perwira2022 replied at 10-6-2022 06:42 AM
Alahai bodohnya pemikiran Siti Kasim & orang2 yg satu fikiran dengan dia ni.. Nampak sangat spesis t ...

Kesian kau nnti kena tgkap dgan polis sbb hina sultan selangor. Dodol doakan kebahagian kau saja lah dalam lokap nnti

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055119 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top