Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan universiti tempatan telah tampil untuk membantu mengkaji dan mengenal pasti penyakit misteri yang dideritainya kini.
Menurutnya, pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan, KKM bertemunya pada Rabu dan beliau dijadualkan bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis. “Mereka akan membuat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim.
“Tetapi, sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini. “Selain mereka, ada beberapa pihak lagi yang datang menghulurkan bantuan termasuk daripada persatuan doktor dan individu-individu lain yang ingin turut sama membantu. Saya bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat saya terbuka untuk berkongsi sakit yang saya deritai selama ini,” katanya dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian. Sebelum ini, Mohd Kazim telah berkongsi secara terbuka penderitaan yang dialaminya sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka. Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu. Sumber: Sinar Harian
|
Mary_jane replied at 9-6-2022 12:53 PM
KPI nya satu hari satu thread ye?
ADVERTISEMENT