CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buka Tudung Dan Pakai Rambut Palsu Haram! Aishah Azman Perli Normah Damanhuri?

9-6-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2725| Komen: 7

Aishah Azman, 26, menganggap mana-mana pelakon yang bertudung tetapi memilih untuk mengenakan wig atau rambut palsu demi komitmen kerja berhak menentukan pilihan masing-masing.


Menurut Aishah, dia sendiri pernah ditanya oleh penerbit dan pengarah tempatan ketika berbincang mengenai tawaran berlakon yang memerlukan dirinya mengikut kesesuaian watak yang diberikan.

Foto: IG

“Pun begitu, kalau mereka cadangkan untuk  saya buka tudung atau mengenakan wig, saya memang tak fikir panjang, terus tolak tawaran sebegitu. Kalau mereka nak begitu, lebih baik ambil pelakon yang sememangnya tidak bertudung, saya tak nak buat.

“Sebabnya, saya tahu hukumnya haram. Walaupun saya ini boleh dikatakan baru bertudung, tapi saya ada juga banyakkan membaca dan mendengar nasihat ustaz.Tentang hal ini, mereka kata haram pakai wig sebab ia menyerupai wanita yang tak bertudung juga.

“Tapi saya tak risau kerana ramai saja pengarah dan penerbit yang boleh memahami dan menghormati pilihan saya ini kalau saya kata tak nak buat dan terpaksa menolak tawaran dengan cara baik,”katanya.



Aishah berkata demikian semasa ditemui di majlis sidang media dan pelancaran supertele Bangkitkan Aku Kembali adaptasi sebuah novel tulisan Sophilea yang diadakan di ibu kota, semalam.

Turut hadir ialah barisan pelakon lain seperti Dayang Areeda, Amy Nur Tinie, Syaffiq Sahli, Jay Iswazir, Juita Johari ,Danial Dasuki , Adik Rayqa ,Wak Zaidi, Mustaqim Bahadon, Adam Corrie   dan Azzahra Ahmad.



Selain itu, Aishah bagaimanapun enggan ada pihak tersalah anggap bahawa kenyataannya ini seolah-olah berkait rapat dengan tindakan pelakon veteran, Normah Damanhuri yang memakai rambut palsu semasa menjayakan wataknya dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia baru-baru ini.

“Saya tak tahu menahu pun mengenai hal itu. Tetapi bagi saya, sebenarnya, hal ini bergantung kepada individu itu, nak pakai atau tidak. Pilihan masing-masing. 

“Sama juga macam bertudung. Nak pakai atau tidak itu juga adalah pilihan masing-masing. Tak semestinya yang bertudung dan bertutup semua itu dia tiada kelemahan dan kekurangan. Tapi dalam hal ini, saya memang pilih untuk tidak pakai rambut palsu walau atas alasan komitmen kerja,”katanya.



Dalam pada itu, Aishah menaruh harapan agar mana-mana penerbit, pengarah dan penggiat industri kreatif tidak meletakkan limitasi pada seseorang artis atau selebriti yang memakai tudung.

Ia katanya, khusus untuk watak-watak dalam sesebuah naskhah yang baginya harus ada pembaharuan.



“Kalau boleh, saya nak tukar cara berfikir orang kita, bertudung tidak semestinya kena ada limitasi. Tak semestinya bertudung kena pakai jubah semata. Imej ini juga terbuka kepada fesyen yang bersesuaian.

“Watak tudung saja mesti kena baik, pegang watak-watak yang klise. Sedangkan mungkin boleh diberikan watak psiko dan sebagainya,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aammyy 9-6-2022 10:23 AM
Motif wartawan yg tanya lepas tu jadi batu api?
Quote Mary_jane 9-6-2022 10:39 AM
Oh dia ni dua beradik je dengan ex Eina Azman tu. Reputz ni kang yang kena cili oleh acik Normah.
Quote RinIna 9-6-2022 10:49 AM
Normah tu pun dah tua.. xkanla x tau kan hukum smua..
Quote SherryZass 9-6-2022 10:55 AM
aammyy replied at 9-6-2022 02:23 AM
Motif wartawan yg tanya lepas tu jadi batu api?

Tulah, saja je nak membatu api kan.
Quote MatDeghem 9-6-2022 12:09 PM
ini mesti wartawan2 sangkak yang hadap makan free retis

Quote Minyakyuyi 9-6-2022 12:13 PM
tggu nnt kak KM plak menjawab ... hahaha she tu kan pantang fam dia kena cuit..
Quote rain2169 9-6-2022 12:16 PM
Betul la apa yg si aishah ni cakap.
samada org lain tu nak terima ke tak... terpulang...
hak masing2...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037465 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top