CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Sara Tak Kisah Dituduh Dapat Job Berlakon Guna Kabel Afdlin Shauki

9-6-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1949| Komen: 2

Mula melangkah ke dunia seni, anak kepada pelakon Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara sudah bersedia jika ada pihak yang menuduhnya mendapat tawaran berlakon disebabkan pengaruh bapa.


Menurut Mia atau Mia Sara Shauki, dia tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan menolak peluang yang diberikan bapanya untuk menunjukkan bakat dalam mana-mana karya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun ini menegaskan kebanyakan tawaran lakonan yang diterima merupakan hasil usahanya yang menjalani uji bakat terlebih dahulu.

Foto: IG

"Orang tak tahu macam mana saya dapat tawaran berlakon. Tapi kalau bapa saya beri peluang untuk berlakon dalam sebuah karya, saya tidak boleh jadi selfish dengan menolak.


"Sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi kebanyakan tawaran berlakon yang saya terima ini, memang hasil usaha saya sendiri.

"Saya tetap lalui uji bakat. Saya pun baru tamat belajar dalam jurusan lakonan juga," kata Mia Sara kepada mStar.



Mia Sara ditemui ketika pra tonton drama siri Histeria The Series yang diadakan di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Drama siri terbitan Astro Shaw dan produksi Infinitus Gold itu mengangkat kisah misteri pelajar sekolah diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu.



Selain Mia, drama itu turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal serta menampilkan pelakon asal filem Histeria iaitu Liyana Jasmay.

Dalam pada itu, Mia turut memberitahu bapanya sudah sedia maklum mengenai salah satu babak dalam drama itu yang memaparkan dia merokok.




"Bapa saya bukan saja penyokong, pengkritik besar saya tapi dia pun banyak menasihati saya. Saya ada tanya dia kalau ada babak yang hisap rokok itu, apa dia punya perasaan.

"Dia kata, kalau pihak produksi nak keluarkan babak itu, maksudnya ia nak tunjukkan itulah kehidupan sebenar. Mungkin boleh menjadi satu pengajaran.




"Ibu bapa boleh pantau anak-anak yang bersekolah asrama penuh. Tapi dalam kehidupan sebenar, saya tidak merokok pun," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 13-6-2022 09:06 AM
tau nama anak dia ni mia sara masa dengar lagu mia sara dalam cite papadom
Quote Miranda43 13-12-2022 12:30 PM
I really enjoy reading your posts, bubble shooter it gives me very useful information

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.687079 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top