Baru-baru ini, tular posting yang dimuat naik oleh Zizi Kirana di akaun Instagram miliknya yang memaparkan koleksi gambar dan video Zizi bersama suaminya iaitu Yusuf Bahrin. Posting itu dimuat naik sempena ulangtahun kelahiran suaminya.
Sempena ulangtahun suaminya, Zizi telah menulis coretan ikhlas untuk Yusuf. Zizi mendoakan agar mereka saling menyayangi antara satu sama lain sehingga ke akhir hayat. Selain itu, Zizi juga telah menyanyikan semula lagu berjudul Hal Hebat yang dinyanyikan oleh Govinda khas untuk suaminya.
Memang jelas hubungan romantis antara Zizi dan Yusuf. Kegembiraan yang terpancar dari wajah pasangan ini menggambarkan betapa bahagianya mereka bersama.
Posting yang dimuatnaik oleh Zizi kini telah mendapat sebanyak 80 ribu tontonan peminat. Yusuf juga telah meninggalkan komen yang sangat sweet kepada isterinya. Tambah Yusuf, dia juga ingin belajar menyanyi supaya dapat melakukan perkara yang sama semasa ulangtahun hari lahir Zizi kelak.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengambil kesempatan itu untuk meninggalkan upacan hari lahir kepada Yusuf dan mendoakan semoga pasangan ini sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat mereka. -CARI