Seperti yang kita ketahui, pasangan selebriti iaitu Fasha Sandha dan Aidil Aziz sering menjadi perhatian ramai peminat. Sejak berumahtangga pasangan jarang sekali terpalit kontroversi. Hal ini menyebabkan ramai peminat yang suka melihat gelagat Fasha Sandha dan suaminya di akaun media sosial mereka.
Baru-baru ini, tular video yang dimuatnaik oleh Aidil Aziz di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, kelihatan pasangan itu berada di set penggambaran. Rupanya Aidil Aziz dapat berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Rampas Cintaku yang akan disiarkan di IQIYI Malaysia.
Video itu memaparkan babak mesra pasangan selebriti ini. Walau bagaimanapun, ramai yang suka melihat pasangan ini berlakon dan tidak menjadi isu untuk melakonkan babak mesra itu sekiranya sudah berkahwin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengusik pasangan ini. Nasib baik berlakon dengan suami sendiri, kalau tidak mesti sudah lama dikecam oleh warganet. -CARI