CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Risau Terambil Hak Orang," - Ramai Kecewa Air Balang Syahmi Sazli Berakhir Minggu Ini

9-6-2022 09:45 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3330| Komen: 14|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Syahmi Sazli


Siapa yang tidak kenal dengan Syahmi Sazli iaitu bekas peserta Drama Spontan. Kini Syahmi merupakan pengarah filem antaranya ialah Mael Totey The Movie. Untuk pengetahuan semua, pada bulan Ramadhan yang lepas, Syahmi telah membuka gerai Air Balang yang telah mendapat sambutan baik dari ramai orang sekaligus menjadikan perniagaan air balangnya menjadi tular. 

Namun baru-baru ini, Syahmi telah memuatnaik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, Syahmi Sazli mendedahkan bahawa dia bakal menutup perniagaan air balang itu.



Walaupun pendedahan yang dibuat olehnya telah mengejutkan orang ramai, Syahmi Sazli dipuji oleh netizen. Antara faktor yang membuatkan Syahmi ingin menutup perniagaannya itu adalah disebabkan masalah parking. 

Menurut Syahmi dia risau dan takut jika dia terambil hak parkir orang lain dan juga disebabkan faktor lain juga. Syahmi juga berkata jika ada rezeki, dia akan membuka kembali perniagaan itu di kedai yang lebih besar dan selesa.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih kerana tidak sempat merasa air jualannya yang boleh dikatakan sangat popular. Di samping itu, ramai juga yang memuji sikap Syahmi. -CARI

Sumber: Instagram Syahmi Sazli

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 9-6-2022 03:41 PM
sewa la satu kedai...
Quote maharani_gebu 9-6-2022 05:04 PM
tp tengok kejadian air balang beliau mmg blh buat terliur..... mengundang sgt
Quote anilanil 9-6-2022 05:35 PM
Buka la kiosk. Nampak mcm sedap.
Quote mily 9-6-2022 05:44 PM
Bkk dpn ofis sendiri,  sewa parking tu.
Xlah ambil hak.. At least bayo parking
Quote pearl.silver 9-6-2022 06:05 PM
Aku sorg je ke yg x teringin lgsg air balang dia ni
Tgk kwn2 fb kemain lg meluahkn rasa sedih xdpt rasa air dia ni
Quote hashashes 10-6-2022 12:55 AM
Aku tengok pun dah bole terasa likat2 manis air tu kat tekak. Camne korang boleh telan manis2 camtu
Quote kiah_mai_pulak 11-6-2022 02:01 PM
pearl.silver replied at 9-6-2022 06:05 PM
Aku sorg je ke yg x teringin lgsg air balang dia ni
Tgk kwn2 fb kemain lg meluahkn rasa sedih xdpt r ...

apa yg sedapp sgt??? berlambak2 lah org duk jual tepi jln tu
Quote fadz84 11-6-2022 02:06 PM
Air balang tmbh ice cream pastu topping ice cream lagi.. sure manis leting ni.. hehe
Quote dua_chzy 11-6-2022 02:11 PM
Akak kagum juga la dengan Syahmi ni. At least kaya dengan idea kreatif sendiri, bukan masuk MLM gebang itu ini or jual produk timbang kilo.
Quote kiahbosan 11-6-2022 03:58 PM
Nanti dia buko laa keda tu . nak buko keda banyok prosedure bukey mace buko pacak tiang gitu. banyok proses nak kena ikut. Amik kursus gapo2 nok kena cucuk lagi. pekerja kena carum betul2 banyok pekerjaea dio. Dah ada keda sapa nok jaga pulok? Tok sih harap pekerja saja2. Syahmi pun tak key nok dok di keda banyok lagi benda nak di buak.
Quote hasniey 11-6-2022 07:55 PM
Tekak masing2.rezeki dia customer xbrenti dtg kedai.
Xpe..ada rezeki lebih boleh sewa kedai.lg selesa boleh tambah menu
Quote Lilipelangi 11-6-2022 08:11 PM
Moga dimudahkan urusan.. aamiin
Quote fazamania 11-6-2022 09:11 PM
Risau terambil hak orang?
Habis, yg bisnes dah untung sebelum ni nak kira mcm mn?
Quote Lagubestbest 11-6-2022 11:19 PM
dua_chzy replied at 11-6-2022 02:11 PM
Akak kagum juga la dengan Syahmi ni. At least kaya dengan idea kreatif sendiri, bukan masuk MLM geba ...

produk timbang kilo tu bini dia buat. hihi.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076568 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top