CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Selangor Titah Jais, MBSA Tengok Sendiri Apa Berlaku Di Festival Bon Odori

8-6-2022 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2592| Komen: 12

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), di sini, pada 16 Julai depan.


Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya Jais tidak menyekat program itu dari terus dijalankan.


FB Bon Odori Malaysia

Menurutnya, titah itu dikeluarkan beliau menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan hari ini bagi membincangkan mengenai penganjuran program berkenaan.

"Baginda tidak berkenan apa-apa keputusan atau ketetapan mengenai perkara seumpama ini disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.

"Sultan Sharafuddin berpendirian, banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya, malah baginda juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat.

"Baginda juga tidak bimbang, jika akidah umat Islam kuat dan benar, ia akan mengenepikan sebarang iktikad dan amalan yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan memaklumkan baginda menitahkan semua perkara diputuskan dengan adil dan saksama berikutan kehidupan bermasyarakat dan kepercayaan yang pelbagai di Negeri Selangor.

Justeru katanya, Sultan Selangor menitahkan pegawai Jais dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke majlis itu untuk bagi melihat sendiri apa yang berlaku di dalam program terbabit.

"Baginda sendiri pernah hadir ke majlis itu beberapa tahun lalu dan tidak melihat sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, melainkan ia satu program sosial pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di negeri ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori kerana ia mengandungi unsur agama lain.


Loading FB Post...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilapor berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program itu mempunyai unsur keagamaan lain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 8-6-2022 09:44 PM
Baguslah kerana adanya orang yang lebih sikap terbuka tak seperti lebai itu haram ini haram.. dalam tandas tempat syaiton jin. Kerana itu ada syaiton jin dalam tandas lebai kerana tandas lebai kotor berlumut!
Quote sharlenetexas 8-6-2022 10:17 PM
Bukan ke ketua agama ni juga yg tak bagi haramkan tarekat?


Quote intan244 8-6-2022 10:21 PM
dasyat topik Bon Odori sampai sultan bertitah. memang la bergendang menari tawaf ja, tapi apa maksud disebalik nya.
Quote tumpanglalu74 8-6-2022 10:50 PM
Sama juge la kes sotan silver unharamkan yoga.  Hello lobai.  Baik la korang tangkap je lobai2 yang meliwat budak2 tahfiz tu.  

Tau pulak takmo create isu sesame lobai.  Lobai United.
Quote harkktuih 9-6-2022 06:44 AM
Betullah apa Sultan ckp tu.. Mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat..

Quote nikaido 9-6-2022 06:56 AM
sbg pelajar yg kena amik kelas bahasa jepun 4thn masa sekolah menengah , boleh dikatakan setiap tahun kami kena menari bon odori. pada asalnya mmg bon odori berkaitan agama ttp fungsi agama tu semakin hilang & lebih kpd sambutan budaya shj. mcm halloween yg skrg lebih kepada utk seronok berkostum & collect gula2
Quote Timortimur 9-6-2022 06:58 AM
Dah berpuluh tahun sebagai Malaysian, tak pernah i dengar psl perayaan ni.Tup tup kecoh di social media
Quote kitmal 9-6-2022 07:15 AM
Yang makan rasuah.. scammer orang..tunggang agama....terang terang...tak tegur ke atau jakim tak buat kajian lagi....halal ke?
Quote venom1 9-6-2022 07:27 AM
apa pendapat menteri agama dan ajk ajk nya?
Quote helicornia 9-6-2022 08:07 AM
kitmal: Yang makan rasuah.. scammer or ...

Benda dh sedia ada hukum tak kan jakim nk buang masa buat kajian lagi.don bori ni benda yg khilaf ada kata budaya ada kata agama so yg ni la kena kaji betul2
Quote tri-max 9-6-2022 08:15 AM
bon odori ni hanya famous kalangan warga shah alam je sbb sekeliling kami majoriti kilang industri owner dari japan,
selisih bahu dgn japanese atau selisih kereta yg dibawa oleh japanese di shah alam adalah perkara biasa
tak yah gi tokyo, osaka utk rasa fefeling luar negara
they learn to adapt with our food & culture, so we learn to adapt with theirs..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.042877 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top