CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Pelajar Tahfiz Kantoi Bercinta Dihukum Keliling Naik Kereta Sorong

8-6-2022 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1850| Komen: 16

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi pelajar lelaki dan perempuan yang dihukum selepas ‘ditangkap’ kerana bercinta, lapor laman berita Suara.com.



Twitter

Video dimuat naik dalam akaun Twitter @ndagels itu menunjukkan seorang pelajar lelaki menolak seorang pelajar perempuan di atas sebuah kereta sorong di pekarangan sebuah pusat tahfiz atau pesantren.

Pelajar perempuan itu dilihat sedang duduk sambil menundukkan kepala apabila diarahkan untuk mengelilingi kawasan itu sebagai satu bentuk hukuman kerana bercinta.

Pelajar lelaki itu dilihat menolak kereta sorong tersebut sekuat hatinya manakala pelajar perempuan berkenaan hanya diam diri kerana malu.




Kelihatan pelajar-pelajar lain yang merupakan penuntut pusat tahfiz tersebut mengelilingi lokasi berkenaan. Ada yang kelihatan ketawa melihat pasangan itu menerima hukuman. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 8-6-2022 09:28 PM
bercinta pun tak boleh...? alangkah bodohnya
Quote ImamKampong 8-6-2022 10:13 PM
Inilah pemahaman yang boleh memalukan nama Islam di mata dunia. Jika benar tidak boleh sekalipun, jangan malu dan aibkan orang sebegitu rupa. Nabi Muhammad saw telah bersabda " Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah swt akan menutup aibnya di akhirat kelak" . Sekolah berteraskan agama, tapi tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah saw. Jadi mahu ikut ajaran siapa?
Quote lattehazelnut 8-6-2022 10:14 PM
Kaskus.com.my
Quote intan244 8-6-2022 11:56 PM
sek men aku dulu pon dilarang bercinta. pastu masa f5 kot, budak sama batch kena tangkap dating memalam kat playground luar asrama. nama kena sebut depan semua org kot. ustaz merangkap guru disiplin.
Quote miszclassique 9-6-2022 12:10 AM
Dulu iols asrama pastu yang couple2 semua kena kumpul kat satu surau pastu kena putus dan sumpah depan quran... Esoknya elok je memasing dating balik... Kelakar je nak tarbiah cara gitu
Quote Decaffeinated 9-6-2022 12:24 AM
miszclassique replied at 9-6-2022 12:10 AM
Dulu iols asrama pastu yang couple2 semua kena kumpul kat satu surau pastu kena putus dan sumpah dep ...

Orang kalau tengah bercinta murtad pun dia sanggup


Quote sambaldurian 9-6-2022 05:51 AM
Adoyai dh smpai tahap pegang tangan / berzina dh ke kena wat hukuman gini. X fhm le. Bkn kah mmg dicipta hawa utk adam.
Quote cecari 9-6-2022 05:55 AM
sekngucing replied at 8-6-2022 09:28 PM
bercinta pun tak boleh...? alangkah bodohnya

hang tau dak statistik anak luar nikah skrg?
Quote kitmal 9-6-2022 07:16 AM
Indonesia dengan kepelikannya
Quote venom1 9-6-2022 07:24 AM
ada caranya untuk menghukum bukan dengan memalukan seperti ini. even kalau hukum mati pun dibuat secara tertutup kecuali negara2 extreme macam Afghanistan.
Quote pooh~key 9-6-2022 07:27 AM
cecari replied at 9-6-2022 05:55 AM
hang tau dak statistik anak luar nikah skrg?

Moral of the story, pakailah kondom dek….
Quote Jiddin 9-6-2022 07:34 AM
intan244 replied at 8-6-2022 11:56 PM
sek men aku dulu pon dilarang bercinta. pastu masa f5 kot, budak sama batch kena tangkap dating mema ...

Bercinta tu sebenaqnya tak salah.
Tapi dek kerisauan akan natijah bercinta yg membawa perkara beginilah yg sesetengah jadi extreme melarang percintaan budak sekolah.
Nak kata biar ja la budak2 go through zaman buat salah pun ngeri gak.
Budak laki mostly less affected. Budak perempuan once mengandung, byk life opportunities yg kena compromise.
Ada cara lain utk guide budak2 bercinta tapi I guess org dewasa ramai yg malas amik kaedah rasional dalam membimbing. Terus amik step yg menakutkan ni. Bukan semua budak pun takut nk bercinta lepas tu. Kdg org dewasa sendiri bertindak ikut apa yg depa tgk generasi dulu buat kat generasi depa. They know no better. Entahlah
Quote sukacactus 9-6-2022 08:05 AM
Hukuman yg mcm bodo
Quote supernaturalee 9-6-2022 08:10 AM
asrama iols dulu kena public canning
yes....dirotan di hadapan the whole student


Quote tri-max 9-6-2022 08:18 AM
bak kata imran bard... "nanti kenduri kawen kau tak ada sapa datang"
masalahnya bercinta tak bagi..
Quote pittjie 9-6-2022 09:24 AM
kesiannya. bercinta pun tak boleh ke? cemana kantoi dia org bercinta ni? apa2 pun ustaz aku masa f4 jgk sporting. dia cakap dia faham je perasaan bbnu ni. infact dia cakap kalau kita org ni tak kira laki ke perempuan .. kalau suka pada someone ... bagi tau. jgn simpan2. kalau diterima cinta kita .. kawan elok2. kalau tak diterima .. dia nak kita handle perasaan kena tolak tu dgn baik. maksudnya dia nak la kita melalui pengalaman berbagai fasa dlm kehidupan ni. happy, bahagia, kecewa, sedih .. benda2 ni yang akan kita kenang dan mematangkan seseorang.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.053642 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top