CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Penipuan Homestay, Buat Laporan Segera - Polis

8-6-2022 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1546| Komen: 1

Polis sedang menyiasat kes penipuan tempahan rumah inap seperti yang dilaporkan berlaku di Terengganu, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt M.Zambri Mahmud berkata, pihaknya setakat ini menerima laporan daripada seorang mangsa yang baru-baru ini telah menerima pesanan ringkas daripada satu nombor telefon yang mengaku sebagai pemilik rumah inap di Jalan Pasir Panjang, di sini.



“Pada hari yang sama mangsa telah membuat pembayaran secara dalam talian ke dalam satu akaun berjumlah RM221.50. Mangsa telah pergi ke ‘homestay’ (rumah inap) berkenaan dan mendapati ia tidak wujud.


“Mangsa telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan tempahan rumah inap berkenaan supaya segera membuat laporan polis.

Dilaporkan semalam, hasrat beberapa pelancong untuk bercuti ke negeri ini terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap yang ditempah mereka sebenarnya tidak wujud.

Mangsa dilaporkan cuba menghubungi ‘pemilik’ rumah inap itu namun gagal dan penduduk yang tinggal berdekatan lokasi berkenaan memaklumkan bahawa rumah inap tersebut tidak wujud.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 9-6-2022 12:19 AM
Bukan ganu je, melaka pun sama 5 dan 6 jun haritu... Berduyun orang cari homestay kat fb sebab kena sidai dengan agent2 homestay... Taktau nk kesian tak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.074138 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top