CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Mengaku Dirinya Tahap Ikan Bilis Je

8-6-2022 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2786| Komen: 16

Dalam kesibukannya meneruskan rutin kerja seni, Rozita Che Wan sempat meneruskan fokusnya dalam dunia perniagaan.

Selepas muncul dengan bisnes tudung, wangian, pencuci wanita dan macam-macam lagi, wanita yang mesra dengan panggilan Cheta itu hadir pula dengan produk inai, Mazaville hasil berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.

Kata ibu Kepada tiga cahaya mata itu, dia sendiri memang peminat inai.

Foto: IG


“Dulu kalau tak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah ‘aksesori’. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin. 


“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang pun akan menyelit sekali pakai inai,” katanya.



Kata kakak kepada Ayu Raudhah ini lagi, dia sepatutnya melancarkan inai itu sebelum puasa lalu lagi.

“Tapi sibuk punya fasal dengan jadual penggambaran, maka baru sekarang  boleh lancarkan.

“Masa sesi penggambaran untuk tema fotografi produk ini pun saya tetapkan tradisional Melayu. Berangan pakai songket merah gelap lagi ala pengantin,” katanya.



Mengakui biarpun ramai mengusahakan perniagaan sama, isteri kepada Zain Saidin ini percaya rezeki itu luas.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau awak nak sokong dan beli inai ini, saya pun bersyukur sangat-sangat.

“Harga pun bukan tahap kayangan. Harga kita-kita, memang ‘rakyat’. Hanya RM15. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kita berniaga secara sihat, janji hasilnya bagus. Nak jadi stokis pun dialu-alukan.

“Saya ini pun tahap ‘ikan bilis’ saja nak dibandingkan jenama popular lain. Harga ditetapkan pun sebab tahu ekonomi sekarang macam mana. Tapi biar beli bukan setakat sekali, tapi berkali-kali,” katanya.


Dalam perkembangan seni,  baru selesai penggambaran sitkom 18 episod berjudul Lot 69.

“Sekarang ini, saya sedang melunaskan penggambaran 13 episod sebuah bual bicara di Go Shop.

“Saya juga kini diamanahkan menjadi juri tetap untuk dua buah program di TV. Tapi belum boleh dimaklumkan lanjut lagi program apa,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-6-2022 04:14 PM
Ko punye perfume dulu pun gah mase 1st batch je.
Batch seterusnye semua hanjing je bau
Quote Perawankota 8-6-2022 10:38 PM
Body dia tu pakai korset ke
Quote Burong_Hantuk 9-6-2022 08:08 AM
x ingin & x pernah nak beli produk2 retis kat malaysia nih..jijikkksss
Quote mendeluk 9-6-2022 08:14 AM
Haritu tertengok program raya ke apa ada che ta. Che ta pun pakai kasut balenciaga fake Iols ingat la retis2 mcm dia akan beli original from store khen.
Quote MadameOnion 9-6-2022 10:16 AM
hang bukan ikan bilis nekta..hang standard pekasam ikan puyu ja
Quote marchikobonzo 9-6-2022 11:21 AM
Makin low costs rupa baju2 dia
Quote dekmieDandy 9-6-2022 11:43 AM
MadameOnion replied at 9-6-2022 02:16 AM
hang bukan ikan bilis nekta..hang standard pekasam ikan puyu ja

iols zaman dia jual perfume tu follow lagi ig dia, siap hampir2 terbeli perfume tu

start jual krim rapat goyang benda tah terus unfollow
Quote Mary_jane 9-6-2022 11:56 AM
Dress biru tu macam kain langsir jek lilit kat badan.
Quote 3chanceno 9-6-2022 12:12 PM
Pelik baju biru dia  jarang nampak che ta berinai
Quote rain2169 9-6-2022 12:20 PM
ikan bilis mata biru....
Quote ezacbee 9-6-2022 12:22 PM
rain2169 replied at 9-6-2022 12:20 PM
ikan bilis mata biru....

Mahal tu..
Quote Afifi82 11-6-2022 01:11 PM
Bukan ikan bilis, berudu maybe.
Quote kiah_mai_pulak 11-6-2022 01:59 PM
che ta awatt dh tak posing gelak fake smbil mulut terngaga tgk atas tu che ta oiii????
Quote redz85 11-6-2022 06:02 PM
geli tengok jari orang tua pakai inai.. macam pengotor
Quote bedahmenjuyah 11-6-2022 06:50 PM
Ko kawin dulu pun tak pakai inai kan. Dan dan kata suka pakai.
Quote Rogue98 11-6-2022 06:58 PM
Laaaaa...biz inai jugak ke...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054995 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top