CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiri Atau Tak Tiri, Di Mana Salahnya Anak Madammu?

8-6-2022 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4607| Komen: 11

Pengasas kosmetik jelita, Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan menerusi aplikasi Tik Tok, baru-baru ini.


Ia susulan pandangan mengenai perhubungannya bersama tiga anak tiri andai selepas ini dia diberikan rezeki zuriat sendiri.


IG Madammu

“Ayat ‘tapi itulah bila Madam mengandung, anak Madam tu dah jadi adik-beradik tiri.’ First, Madammu explain dulu, tiri atau tak tiri di mana salahnya?

“Madammu tahu tak semua orang boleh anak tiri, cucu tiri. Sebab itu Tuhan pilih siapa yang Dia nak bagi dugaan dan nikmat ni,” tulisnya.


Menerusi perkongsian yang menerima lebih 80,000 tontonan itu, penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) berkenaan juga tidak melihatnya sebagai masalah jika dia memiliki anak sendiri.


IG Madammu

“And last! Esok Madammu pregnant, anak dari rahim Madammu adalah adik beradik kandung dengan Zahara, Qally dan Ahmadhi. Mereka berbin/binti ayah yang sama.

“Bagi Madammu, tidak ada masalah pun jika Madammu mengandung. Sebagai seorang isteri yang ada suami dan Madammu pun muda lagi. Normallah jika Madammu mengandung.



“Nasihat Madammu, buanglah skeptikal ‘tiri’ tu. Ntah-ntah mereka berkasih sayang lebih rapat dari kita dan adik-beradik kita,” tulisnya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 8-6-2022 04:20 PM
betul tu.. kadang2 adik beradik tiri punya rapat smpi kita pon x sangka dorg lain mak or lain bapak
Quote Perawankota 8-6-2022 10:40 PM
Knp madammu? Apa maksud nama tu
Quote kaoru44 9-6-2022 07:07 AM
Ye lah kalau dia dpt ank..ayh ank dia tu sama je ngn ayh bdk2 tu..so bukan tiri la..ank2 tiri dia pun elok rapat je ngn dia..skrg ni..netizen jenis komen bodoh2 je..xpkr soalan tu rasional ke tak..
Quote Diaztyra 11-6-2022 01:15 PM
Cantiknya dia
Quote thehakims1 17-6-2022 08:39 AM
Suka sangat dengan Madammu ni.
Quote CocoCily 17-6-2022 11:03 AM
i geli tengok kuku dia
Quote rifaa 17-6-2022 12:09 PM
memula dulu suka je tengok
tapi slalu sgt live...jadi mcm x exclusive dah
dah sama je mcm founder lain
Quote KBW2 17-6-2022 01:45 PM
Ponder timbang kilo pun boleh suka
Quote mamichik 17-6-2022 03:44 PM
mak iolls ada adik beradik tiri. lain mak, lain bapak. tapi dengan adik tiri ni lah mak iolls paling rapat, paling sayang.. kalah rapat n sayang dengan adik beradik yg sama mak yg lain.
Quote lolaaluluu 17-6-2022 09:26 PM
banyak betul sana sini posting dia kat fb. aktif ek staff dia dok share crita dia
Quote missHIJAU 18-6-2022 01:34 AM
dlu mcm kagum. tp lama2 meluat????

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053438 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top