CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara 5 Bulan Kerana Balun Isteri Dengan Kerusi

8-6-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1329| Komen: 7

Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.


Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala mangsa di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Taman Intan Baiduri Kepong pada 6 petang Sabtu lepas.


Gambar hiasan

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.


Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap, 4 Jun lepas.

Terdahulu, Ramasamy yang bekerja dalam industri pembekalan makanan merayu hukuman penjara paling minimum memandangkan dia yang berpendapatan RM1,700 sebulan perlu menyara isteri serta empat orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 8-6-2022 03:56 PM
aku pulak yang terasa sakit membayangkan aci ni diketuk dengan kerusi oleh laki sheols
Quote acik79 8-6-2022 04:06 PM
Jahatnya ko jantan… pompuan tu juga ko cari mlm2 kan? Geram aku jantan2 pukul bini ni
Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:11 PM
Itu yang sempat dihukum yang tak sempat tak dilapurkan entah berapa ramai lagi
Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:11 PM
Itu yang sempat dihukum yang tak sempat tak dilapurkan entah berapa ramai lagi
Quote gideoncross 8-6-2022 07:34 PM
Bini pukul laki pun ada tpi x d laporkan. Abuser x kira llaki mahupun prmpuan.
Quote gideoncross 8-6-2022 07:35 PM
Artemesiaa replied at 8-6-2022 04:11 PM
Itu yang sempat dihukum yang tak sempat tak dilapurkan entah berapa ramai lagi

Bini pukul laki pun ada, klau dh nmanya abuser, x kira llaki ataupun prmpuan.
Quote musangbodoh 9-6-2022 12:51 AM
ok kali nie anney...terbaik siap nama umur lengkap

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.083370 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top