CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Terkejut Dilayan Abang-abang Bertanjak Di Stesen Minyak Petronas Melaka

8-6-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2550| Komen: 28

Jangan terkejut jika anda dilayan petugas memakai tanjak ketika mengisi minyak di stesen minyak Petronas di Melaka.

Itu adalah kaedah terbaharu diperkenalkan bagi 25 buah stesen minyak Petronas di negeri ini dalam usaha menampilkan keunikan bagi menarik minat pelanggan.

Pemakaian tanjak bagi semua petugas di stesen minyak milik Petronas itu mula diperkenalkan adalah pada setiap hari Sabtu bermula minggu lalu.



Sejak diperkenalkan, ia mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pelanggan yang rata-rata daripada mereka melahirkan rasa teruja dengan langkah buat petugas memakai tanjak.


Pengurus Kawasan Petronas Dagangan Berhad negeri Melaka, Mohd Asyraf Zainal berkata, usaha memperkenalkan pemakaian tanjak kepada petugas di seluruh stesen minyak di Melaka bukan sahaja bertujuan menarik minat pelanggan semata-mata.

Menurutnya, paling penting usaha tersebut adalah untuk membantu sektor pelancongan di negeri ini melalui pemakaian tanjak ia akan nampak menarik serta unik.

“Ini adalah usaha pertama stesen minyak Petronas di negeri ini memperkenalkan pemakaian tanjak ini memandangkan Melaka terkenal dengan sejarah silam Kesultanan Melayu Melaka terawal.

“Sejak bermula Sabtu lalu, saya mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan yang menyambut baik usaha petugas di stesen minyak memakai tanjak.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha Petronas untuk membantu kerajaan negeri yang kini giat mempromosikan sektor pelancongan,” ujarnya.

Mohd Asyraf berkata, usaha tersebut juga adalah salah satu untuk menarik minat pelanggan mengenai keunikan stesen minyak Petronas berbanding dengan yang lain.

Menurutnya, selain pemakaian tanjak, pihaknya bercadang untuk memperkenalkan pakaian tradisional bagi menambah keunikan kepada petugas.

Bagaimanapun katanya, jenis pakaian yang dicadang untuk digunakan itu perlu melalui perbincangan daripada pakar-pakar mengenai kesesuaiannya memandangkan petugas bekerja berhampiran dengan bahan yang mudah terbakar.

“Ini memerlukan masa dan faktor-faktor keselamatan paling diutamakan. Insyallah jika diluluskan kita akan memperkenalkan pakaian baharu untuk digunakan di seluruh stesen minyak Petronas di negeri ini,” ujarnya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 8-6-2022 04:33 PM
Waaa.  Bijak idea ni.  Kasi cainis2 hangit pungkoq.  Yeay
Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:43 PM
Usaha bagus untuk kembalikan pakaian tradisi melayu.  Sekarang tak ramai mahu memakainya kecuali time jadi pengantin.
Quote kotakbaju 8-6-2022 04:53 PM
Ingatkan bertanjak sekali dengan baju ala pahlawan melayu zaman dulu2..baru nak kagum
Quote white_musk 8-6-2022 05:18 PM
kotakbaju replied at 8-6-2022 04:53 PM
Ingatkan bertanjak sekali dengan baju ala pahlawan melayu zaman dulu2..baru nak kagum

Buat perlahan lahan lah
Quote supernaturalee 8-6-2022 06:50 PM
Bertanjak tu nice dh
Tp yg mengisi tu ala2 hang kebun dlm seniman bujang lapok je
Quote supernaturalee 8-6-2022 06:50 PM
kotakbaju replied at 8-6-2022 04:53 PM
Ingatkan bertanjak sekali dengan baju ala pahlawan melayu zaman dulu2..baru nak kagum

Tu lah
Hang kebun je ada based on picture kt ats

Hang kebun pun hang kebun lahhh


Quote ninja9 8-6-2022 07:22 PM
supernaturalee replied at 8-6-2022 06:50 PM
Bertanjak tu nice dh
Tp yg mengisi tu ala2 hang kebun dlm seniman bujang lapok je

hahahahah

Quote gideoncross 8-6-2022 08:20 PM
@supernaturalee Klau uol x point out psl Hang Kebun tu, iol pun x sdar psl ni haha.
Quote gideoncross 8-6-2022 08:21 PM
kotakbaju replied at 8-6-2022 04:53 PM
Ingatkan bertanjak sekali dengan baju ala pahlawan melayu zaman dulu2..baru nak kagum

Dgn cuaca pnas cmni, bsah lncun nnti.
Quote gekkou 8-6-2022 08:44 PM
aku sokong
usaha yang bagus
pelan2 kasi up balik identiti dan tradisi

hang kebun
Quote stingergrumpy 8-6-2022 08:56 PM
gekkou replied at 8-6-2022 08:44 PM
aku sokong
usaha yang bagus
pelan2 kasi up balik identiti dan tradisi

Mana mungkin kita lupa.?

Hang kebun bertanjak....

[youtube]0hwowgzFj0s[/youtube]

Kahkahkahjah
Quote sharlenetexas 8-6-2022 09:00 PM
supernaturalee replied at 8-6-2022 06:50 PM
Bertanjak tu nice dh
Tp yg mengisi tu ala2 hang kebun dlm seniman bujang lapok je

Pakai ala2 Nordin Ahmad Hang Jebat. Mesti ramai nak selfie.


Quote supernaturalee 9-6-2022 08:42 AM
sharlenetexas replied at 8-6-2022 09:00 PM
Pakai ala2 Nordin Ahmad Hang Jebat. Mesti ramai nak selfie.


mmmmm klu yg mcm dlm gmbr kt ats tu pakai mcm hang jebat nordin ahmad....terima kasih je lah






Quote kotakbaju 9-6-2022 01:54 PM
gideoncross replied at 8-6-2022 08:21 PM
Dgn cuaca pnas cmni, bsah lncun nnti.

Iols maksudkan baju cam baju silat tu kan nipis je tak tebal.
Quote kotakbaju 9-6-2022 01:58 PM
supernaturalee replied at 8-6-2022 06:50 PM
Tu lah
Hang kebun je ada based on picture kt ats


Uols je la pakai baju cam nordin ahmad hang jebat tu. Tentu dah takde rupa hg kebun
Quote nolya 9-6-2022 02:22 PM
Jgnla remehkan pemakaian tanjak kpd hang kebun.  Ketika ada usaha untuk membangkit dn memartabatkan semula budaya melayu, orang melayu sendiri sering ceroboh mempertahankannya. Ade je kata2 yg tidak memberangsangkan dn jadi ejekan.  Syabas kpd Petronas menganjurkan staf mereka memakai tanjak walau apapun maksud yg mengiringi disebalik pemakaian trs. Walaupun pemakaian tanjak itu bermula di Melaka, boleh je disarankan ke negeri2 lain. Mana tau K'tan pula akan menggalakkan staf Petronas memakai semutar.
Quote Jitu 9-6-2022 03:16 PM
oh masih ada pump attendant isi minyak
kat tmpt aku yg ceruk ni lama dah kena isi sendiri
ok satu usaha yg bagus dr pihak petronas
Quote Bedah.Cun 9-6-2022 03:19 PM
mak hengatkan yang kekhaar bertanjak. Huhaw
Quote pooh~key 9-6-2022 03:22 PM
supernaturalee replied at 9-6-2022 08:42 AM
mmmmm klu yg mcm dlm gmbr kt ats tu pakai mcm hang jebat nordin ahmad....terima kasih je lah



Kau gay ek dek?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042964 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top