CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlu Ke Telanjang Kayuh Basikal Untuk Kutip Dana Kebajikan?

8-6-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1395| Komen: 3

Tindakan seorang lelaki dan wanita yang berbogel ketika mengayuh basikal di Southport, England, pada 4 Jun lalu mengganggu kemeriahan sambutan Jubli Platinum yang sedang berlangsung.


Menurut saksi, pasangan tersebut juga selamba melambaikan tangan mereka kepada orang awam.


Kredit foto: Liverpool ECHO

Kata Sharon Rimmer, dia sempat memperlahankan kereta yang dinaiki untuk berborak dengan pasangan berkenaan.

"Kami memandu melalui Southport pada jam 7.15 malam, kami perlahankan kereta dan tanya mengenai tindakan mereka.

"Pasangan itu kata mereka berbasikal dari Land's End ke John o'Groats untuk acara kebajikan," kata saksi itu seperti dipetik Daily Star.

Biarpun aktiviti berbasikal itu dilakukan untuk tujuan amal, orang ramai nampaknya berbelah-bahagi dengan apa yang disaksikan.

"Tahan mereka dalam lokap. Kanak-kanak ada di merata-rata tempat. Adakah ini kelakar? Sikap ini sangat tak masuk akal.

"Kenapa mereka tidak ditahan? Kamu tidak perlu telanjang untuk dapatkan wang" ujar beberapa individu yang berang dengan tindakan pasangan itu. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:51 PM
Pandai ambil kesempatan time orang tengah ramai benar2 dah berjaya tarik perhatian
Quote supernaturalee 8-6-2022 06:57 PM
Ewww
Sit celah2 bedah
Yikesss

Quote Belibis 8-6-2022 08:39 PM
Dulu ada satu dialog movi mat saleh.
' lepas mati,aku nak dihidupkan sebagai tempat duduk basikal wanita.'..ini la maksudnya.[em:3:]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.025889 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top