CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mentang-Mentang Harga Mencanak Naik, Individu Tawar Swap Yamaha RXZ Dengan Hilux Atau Triton

8-6-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1555| Komen: 9

Selepas harganya mencanak naik sejak akhir-akhir ini, seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ telah mengiklankan kenderaan itu untuk ditukar milik atau ‘swap’ dengan kenderaan pacuan empat roda.


Menerusi satu iklan di laman Facebook, pemilik motosikal berkenaan ingin menukar jentera kesayangan itu dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton.

Menurut pemilik motosikal terbabit, Yamaha RXZ buatan tahun 1992 itu baharu sahaja selesai proses restorasi (baik pulih sepenuhnya).

Foto: via Kosmo

Katanya, motosikal tersebut juga boleh ditukar nama dan kenderaan itu juga jarang digunakan.


“Cuba swap Triton atau Hilux, tahun 1992, wiring full catalyzer, baru siap restore.

“Roadtax mati tahun 2006, boleh tukar nama, nama saya sendiri. Motor parking jarang ride,”tulis pemiliknya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata mengecam tindakan pemilik tersebut dan menganggap tawaran itu sangat melampau.

“Body (badan motosikal) dah welding 10 kali pun nak swap dengan besi baru,”tulis MohdFirdaus MohdAnuar.

“Tak pelik pun sekarang pasal RXZ mahal yang tegar sahaja faham,”kata Muhammad Afif.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Alan Hariss.

“Mana tahu rezeki dia ada betul-betul orang nak swap. Nanti jangan lupa ambil gambar 4×4 baharu ye bang,”ujarnya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 8-6-2022 03:03 PM
makin lama makin karut dah market motor

jahanam dgn bbnu selekeh baru kenal throttle macam ni
Quote Skuau 8-6-2022 03:12 PM
awat x nak 'swap' ngn boeing 737...
Quote mdhelmi 8-6-2022 03:53 PM
OK je takde melampaunya
yg mana hilux lama dah sopak2 tu bolehla swap dengan moto tu
lepas tu tolak pulak moto tu kat orang lain untuk beli hilux baru
Quote chinta89 8-6-2022 04:14 PM
entah yg bukan2 aje..
nak tanya nape rege dia yahudi sgt, sentimental value atau ada sb lain?
Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:29 PM
Sekarang boleh ler cakap macam tu maklum ler tengah high demand semula motor lama tu.  10 tahun dulu ramai tak berapa nak pandang selepas zaman kegemilangannya.
Quote renko 8-6-2022 04:33 PM
“Tak pelik pun sekarang pasal RXZ mahal yang tegar sahaja faham,”kata Muhammad Afif.


monyet ni silap
bukan yang tegar
yang bahlol je mcm dia beriye2 plak
Quote Dovahkiin 8-6-2022 04:38 PM
40k tu standard. Bole up lg tu kalau condition elok. X mustahil utk swap dgn hilux/triton 2nd. RXZ idaman budak2 muda era 90s, ada sentimental value & permintaan masih tinggi di kalangan collectors.
Quote musangbodoh 9-6-2022 01:11 AM
insuran takat cover 5k ja alejek tu
Quote matamata 9-6-2022 01:26 AM
RX-Z ni dah kategori lagend...kalau kena gayanya mmg ada yg sudi tukar dgn 4X4...rasanya yg ni generasi yg pakai blok Y-4...sapa2 yg ada model ni mmg simpan dlm rumah atau  garaj berkunci...
Ada sebab kenapa RX-Z ni dapat gelaran The Boss

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038229 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top