CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pangku Budak Semasa Memandu Kereta, Biar Anak Keluar Badan Di Tingkap

8-6-2022 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3654| Komen: 46

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu wanita membiarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak dikecam orang ramai.


Menerusi video yang dikongsi di Facebook Ehailing.com itu memaparkan, seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya di tingkap kereta yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.

Lebih memeranjatkan, perakam video berkenaan juga sempat merakam tindakan pemandu tersebut yang turut memangku seorang lagi kanak-kanak ketika memandu.



Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut selaku individu lebih dewasa dan matang yang membiarkan kanak-kanak di dalam kereta berkenaan berada dalam keadaan bahaya.


“Belum belajar dan tidak ada pengetahuan utamakan keselamatan dan bahaya yang bakal menimpa. Kecuaian dan kelalaian akan membawa padah kepada anak,” kata James.

“Apa juga situasi seorang ibu, penat ke, stress ke. Keselamatan anak-anak sepatutnya diutamakan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan ni,” kata Ainey.

“Maaf cakap, saya pun perempuan. Memang ramai mak-mak bawa kereta macam ini suka pangku anak atas alasan anak menangis. Maaf, saya memang pantang tengah memandu anak nak berpangku. Biarlah nak meraung ke apa, anak saya dah lima orang. Dalam kereta terus kunci pintu, tutup tingkap,” kata Miziera. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 8-6-2022 02:04 PM
Wanita pangku budak sambil memandu, biar anak keluar badan ditingkap

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ar-badan-ditingkap/

Oleh KOSMO!
8 Jun 2022, 1:14 pm


Tangkap layar video memaparkan seorang wanita memangku seorang kanak-kanak ketika memandu sambil seorang lagi kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya di tingkap tempat duduk bahagian penumpang di belakang.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu wanita membiarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak dikecam orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook Ehailing.com itu memaparkan, seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya di tingkap kereta yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.

Lebih memeranjatkan, perakam video berkenaan juga sempat merakam tindakan pemandu tersebut yang turut memangku seorang lagi kanak-kanak ketika memandu.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut selaku individu lebih dewasa dan matang yang membiarkan kanak-kanak di dalam kereta berkenaan berada dalam keadaan bahaya.

“Belum belajar dan tidak ada pengetahuan utamakan keselamatan dan bahaya yang bakal menimpa. Kecuaian dan kelalaian akan membawa padah kepada anak,” kata James.

“Apa juga situasi seorang ibu, penat ke, stress ke. Keselamatan anak-anak sepatutnya diutamakan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan ni,” kata Ainey.

“Maaf cakap, saya pun perempuan. Memang ramai mak-mak bawa kereta macam ini suka pangku anak atas alasan anak menangis. Maaf, saya memang pantang tengah memandu anak nak berpangku. Biarlah nak meraung ke apa, anak saya dah lima orang. Dalam kereta terus kunci pintu, tutup tingkap,” kata Miziera. – KOSMO! ONLINE

Quote Skuau 8-6-2022 02:07 PM
risau mak nya tgh 'meroyan',gangguan mental,masalah kemurungan....
Quote CARI-MRO 8-6-2022 02:14 PM
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu wanita membiarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak dikecam orang ramai.


Menerusi video yang dikongsi di Facebook Ehailing.com itu memaparkan, seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya di tingkap kereta yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.


Lebih memeranjatkan, perakam video berkenaan juga sempat merakam tindakan pemandu tersebut yang turut memangku seorang lagi kanak-kanak ketika memandu.








Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut selaku individu lebih dewasa dan matang yang membiarkan kanak-kanak di dalam kereta berkenaan berada dalam keadaan bahaya.


“Belum belajar dan tidak ada pengetahuan utamakan keselamatan dan bahaya yang bakal menimpa. Kecuaian dan kelalaian akan membawa padah kepada anak,” kata James.


“Apa juga situasi seorang ibu, penat ke, stress ke. Keselamatan anak-anak sepatutnya diutamakan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan ni,” kata Ainey.


“Maaf cakap, saya pun perempuan. Memang ramai mak-mak bawa kereta macam ini suka pangku anak atas alasan anak menangis. Maaf, saya memang pantang tengah memandu anak nak berpangku. Biarlah nak meraung ke apa, anak saya dah lima orang. Dalam kereta terus kunci pintu, tutup tingkap,” kata Miziera. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote bakawali_04 8-6-2022 02:32 PM
mgkn ai tak cukup terer drive
lum pernah lagi bawa anak kat pangku
boleh ek selesa nak bawa kereta
dgn ada budak sekali
takleh brain
Quote Nnoor2 8-6-2022 02:36 PM
Nampak sgt mak ni x syg anak
Quote prettyuglybabe 8-6-2022 02:55 PM
orang senang beranak.. gitu la..
esok mati sorang, tahun depan keluar sorang buat ganti..
Quote syamzana 8-6-2022 03:00 PM
anak tu tak kacau ke ms drive. tek sana tek situ kan lg menyusahkan ke anak2 kalau dpt dok beriba gitu dok senyap tak berkutik?
kalau i lantak la ko meraung kat blkg atas cs dari dok kulur kilir dlm kereta. kejap turun seat kejap panjat pegi seat blkg lagi.
Quote saviour_09 8-6-2022 03:05 PM
pepatah sayang anak tangan2 kan dah berubah

sayang anak bukak kan tingkap luas2

Quote FOTHER-MUCKER 8-6-2022 03:08 PM
Ini kan pemandangan biasa di Malaysia
Quote mclaren 8-6-2022 03:12 PM
saviour_09: pepatah sayang anak tangan2 ka ...


Ibu ni sebenarnya agaknya kepingin nak hidup single kembali takde anak2 yang merimaskan... boleh enjoy.
Maka, dengan cara ni harap2 secara tak sengaja dapat tamatkan hayat anak2 tanpa susah payah paksa minum bleach ke... atau tekup mula anak2 dengan bantal ke....
Quote imransulaiman 8-6-2022 03:15 PM
Kenapa orang bodoh lebih suka tunjukkan lagi kebodohan dia? Lepas tu defensive nak mampus? Mati jelah!!
Quote tungkai 8-6-2022 03:34 PM
Ni alasan common kalau ikut kes2 sebelum ni...

"Anak saya hyper. Nanti dia mengamuk kalau duduk kat child seat"

"Budak2 tak biasa nak duduk kat seat lain. Nak kena pangku baru diam"

"Biasa bawak ok je. Kenapa baru sekarang nak viral?"

"Tak mampu nak beli child seat"

"Senanglah awak cakap camtu. Cuba awak handle anak kecik 4-5 orang"
Quote supernaturalee 8-6-2022 03:40 PM
geram tau kdg tgk ade parent yg biar ank happy2 keluar separuh bdn dr kereta
bdk umur antara 3 ke 10 thn tu
brek mengejut ke, terentak ke
naya2

Quote mejaputih 8-6-2022 03:43 PM
Anak jiran mak saya dulu penah cedera sbb kuar kat tingkap mcm ni...tatau apa citer lps tu..mcm impact kepala. Masa tu saya masih kecil gi melawat dia.
Quote tikusmontok 8-6-2022 03:44 PM
CARI-MRO replied at 8-6-2022 02:14 PM
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu wanita membiarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh ...

Berapa kali ko nak tepek,sengal?
Quote MissVixen 8-6-2022 03:47 PM
Mungkin masa tu mak dia nak campak anak keluar tingkap.. orang tengah rakam, dia pura2 riba.
Quote black_handbag 8-6-2022 04:00 PM
bangang nya mak mcm ni. kalau jatuh budak tu kat tengah highway dah satu hal pulak
Quote slyfynx 8-6-2022 04:17 PM
Karang satgi jadi pape mulela nk maafkan org lain kan
Quote chinta89 8-6-2022 04:17 PM
ibu ni agaknya x nak biarkan anak dia nangis jadi dia biarkan je.. tp kan x blh wak mcm tu wak... bahaya. beli kereta mampu takkan child seat x mampu. dia nk meraung dlm car seat atau awak nk meraung anak mati accident? yg anak sorang lg tu dh kenapa biar kepala terjulur keluar geram plk kita tgk.......   

ape pun alasan, membahayakan nyawa mcm ni mmg tak bolehhhhhhhhhhh!

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040088 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top